Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga calon wanita tonjol variasi pilihan

-

LAHAD DATU: Tiga calon wanita yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di sini menonjolka­n variasi kepimpinan menarik untuk pilihan rakyat.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) Mizma Appehdulla­h, Norazlinah Arif (Warisan) dan Siti Shazianti Ajak (Harapan).

Menariknya, ketiga- tiga calon muka baharu yang diketengah­kan parti masingmasi­ng itu tidak bertanding untuk merebut satu kerusi yang sama sebaliknya Mizma di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Norazlinah di DUN Kunak dan Shazianti di Parlimen Silam.

Menurut Shazianti dia mempunyai perancanga­n untuk berkempen di seluruh Parlimen Silam agar misi dan visi kepimpinan­nya difahami serta diterima rakyat.

Katanya, usia 28 tahun bukanlah penghalang baginya untuk mencapai kejayaan se- baliknya berhajat besar mahu melaksanak­an perubahan.

“Saya akan memberi fokus kepada usaha meningkatk­an tahap pendidikan dan kesihatan kerana permasalah­an ini sudah lama dihadapi rakyat.

“Kalau infrastruk­tur di kampung-kampung pula, ia amat memerlukan perhatian kerana tanpa pembelaan ia akan menghalang pelbagai manfaat teknologi maklumat, pembanguna­n ekonomi dan lain-lain,” katanya.

Shazianti akan bersaing merebut kerusi Parlimen menentang penyandang­nya Datuk Nasrun Mansur serta Datuk Mohamaddin Ketapi ( Warisan) dan Ramli Pataruddin (PAS).

Ibu kepada seorang anak yang berniaga ini menyatakan dia tidak gentar menghadapi lawannya yang jauh lebih berpengala­man kerana percaya pengundi hari ini lebih bijak menzahirka­n sokongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia