Utusan Borneo (Sarawak)

POSA MAHU SARAWAK BENAM PULAU PINANG

Pemain tidak harus mensia-siakan peluang bermain di laman sendiri dapatkan semula tiga mata pada aksi liga esok

-

Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menewaskan Pulau Pinang untuk mendapatka­n semula mata selepas dua kekalahan berturuttu­rut. Datuk Posa Majais Presiden FAS

KUCHING: Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Datuk Posa Majais menggesa kebangkita­n pemain- pemain Sarawak pada perlawanan menentang Pulau Pinang pada kempen Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini esok ( 1 Mei).

Menurut Posa, Sarawak perlu menewaskan Pulau Pinang untuk mendapatka­n semula mata yang tercicir selepas dua kekalahan berturut- turut dialami skuad itu sebelum ini.

“Kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu menewaskan Pulau Pinang untuk mendapatka­n semula mata selepas dua kekalahan berturut- turut.

“Selain itu, , ia j juga g bagi menampung enampung kehilangan mata akibat pemom otong a n selepas s Ku a ntan FA A di g ugurkan daripa- da sain- gan Liga ga Premier i e r musim ini,” katanya atanya ditemui ui pada Program A Anjung j U s ah awan Gedong, Roadshow Keusahawan­an dan Jualan Sentuhan Rakyat 2018 di Gedong semalam.

Untuk itu, Posa menegaskan kepada semua pemain agar tidak mensiasiak­an peluang bermain di laman sendiri bagi memastikan kemenangan mutlak dikecapi.

Beliau juga berharap semua pemain tidak terlalu yakin walaupun rekod pertemuan kedua- dua pasukan itu sebelum ini lebih memihak kepada Sarawak.

“Jangan terlalu yakin dan memandang rendah kemampuan Pulau Pinang. Apa yang penting kita harus fokus dengan permainan sendiri dan jangan melakukan banyak kesilapan,” katanya.

Program semalam turut dimeriahka­n dengan sesi bertemu pemain- pemain Sarawak yang dianjur khas oleh FAS.

Pada majlis sama, FAS turut menyumbang 30 biji bola sepak kepada SMK Gedong dan SK Abang Kadir.

“Kita berharap melalui program ini, FAS dapat mengubat kerinduan peminta- peminat untuk bertemu dengan bintang bola sepak pujaan mereka,” kata Posa.

Hadir sama Pengurus Pasukan Sarawak Awang Mahyan Awang Mohamed, Naib Presiden FAS Razali Dolhan, Bendahari FAS, Abang Abdul Rahman Abang Naim dan Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Gillan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BERTEMU PEMINAT: Posa (barisan kedua, lapan kanan) bersama barisan pemain, jurulatih dan peminat-peminat pada majlis tersebut di Gedong semalam.
BERTEMU PEMINAT: Posa (barisan kedua, lapan kanan) bersama barisan pemain, jurulatih dan peminat-peminat pada majlis tersebut di Gedong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia