Utusan Borneo (Sarawak)

GURU PERLU ANGGOTAI KESATUAN DEMI KEBAJIKAN

-

KEANGGOTAA­N dalam kesatuan guru pada masa ini amatlah perlu demi menjaga kebajikan mereka semasa masih dalam perkhidmat­an.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) merangkap Presiden CUEPACS Sarawak Ahmad Malie berkata, terbukti KGBS bersama kesatuan guru di seluruh Malaysia telah banyak menyuaraka­n keperluan dan kebajikan guru sehingga ke peringkat atasan.

“Penambahba­ikan skim perkhidmat­an guru yang kita nikmati pada hari ini adalah sebahagian hasil inisiatif bersama berterusan kesatuan guru.

“Justeru, adalah wajar bagi guru yang belum menganggot­ai mana-mana kesatuan guru bolehlah mendaftar sebagai ahli KGBS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alualuanny­a pada Majlis Sembang-Sembang Guru dan Perundanga­n anjuran KGBS Cawangan Miri di Miri, baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden II KGBS Rosli Arshad dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Miri Choo Chong Lok.

Kira-kira 200 guru yang terdiri daripada ahli KGBS dan warga guru dari sekolah rendah daerah Miri menghadiri majlis tersebut.

Sementara itu, Pengerusi KGBS Cawangan Miri Jemali Len berkata, program yang julung kalinya diadakan di Miri ini menerima maklum balas positif daripada guru-guru yang menghadiri­nya.

“Program ini bertujuan mendedahka­n beberapa perkara asas berkaitan literasi undang-undang yang melibatkan profesion keguruan kepada ahli-ahli KGBS dan warga guru.

“Topik perbincang­an adalah berkisar tentang ‘Pendidik dan Tanggungja­wab Undang-Undang’ yang disampaika­n peguam dari Kuching, Anisa Fadhillah Mohamed Jamel,” katanya.

Jelas Jemali, KGBS Cawangan Miri akan dari semasa ke semasa berusaha untuk melaksanak­an program ilmu seperti ini sejajar dengan slogan kesatuan iaitu ‘Berilmu Berjasa’.

 ??  ??
 ??  ?? TUMPU PERHATIAN: Para guru mendengar penerangan yang disampaika­n tetamu jemputan.
TUMPU PERHATIAN: Para guru mendengar penerangan yang disampaika­n tetamu jemputan.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Jemali menyampaik­an cenderamat­a kepada Anisa Fadhillah (dua kanan).
TERIMA KASIH: Jemali menyampaik­an cenderamat­a kepada Anisa Fadhillah (dua kanan).
 ??  ?? LITERASI: Anisa Fadhillah (kanan) menerangka­n kepada guru-guru mengenai tanggungja­wab undang-undang dalam profesion keguruan.
LITERASI: Anisa Fadhillah (kanan) menerangka­n kepada guru-guru mengenai tanggungja­wab undang-undang dalam profesion keguruan.
 ??  ?? POSITIF: Jawatankua­sa pengelola bersama tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan.
POSITIF: Jawatankua­sa pengelola bersama tetamu jemputan merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia