Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI MATI DISYAKI BUNUH DIRI

-

KUCHING: Seorang lelaki berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 30-an ditemui mati disyaki bunuh diri di dalam kereta di tempat parkir, Tokong Cina Lim Fah San di Jalan Tabuan di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata, kes itu dipercayai kes bunuh diri berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tokong berkenaan.

“Kes ini dipercayai bunuh diri. Berdasarka­n rakaman CCTV, kereta yang dipandu mangsa dilihat masuk dan parkir di kawasan tokong tersebut sekitar jam 1.45 petang.

“Selepas itu, tiada sebarang aktiviti yang dapat dilihat (mangsa tidak keluar dari kereta) dan nota bunuh diri juga ditemui yang ditulis dalam bahasa Cina yang menyatakan ‘dia bukan anak yang baik dan mohon maaf’,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.

Katanya, kes diklasifik­asikan sebagai bunuh diri dan perkara itu juga telah dimaklumka­n kepada keluarga mangsa.

Kes itu mula diketahui apabila seorang pekerja tokong mahu menutup pagar rumah ibadat tersebut sekitar jam 5 petang.

Menyedari masih terdapat sebuah kereta yang parkir di kawasan tokong itu, pekerja terbabit melakukan pemeriksaa­n sebelum menemui mangsa yang sudah tidak lagi sedarkan diri dengan berlumuran darah.

Pekerja berkenaan segera menghubung­i polis memaklumka­n kejadian itu sebelum sepasukan polis datang untuk melakukan penyiasata­n.

Mangsa dipercayai bunuh diri dengan menetak dirinya berdasarka­n kesan luka di beberapa bahagian muka dan anggota badannya.

Bagaimanap­un, Ng enggan mendedahka­n identiti mangsa dan kes masih dalam siasat.

 ??  ?? SIASAT: Pasukan forensik polis menjalanka­n siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Tabuan semalam.
SIASAT: Pasukan forensik polis menjalanka­n siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Tabuan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia