Utusan Borneo (Sarawak)

ABBA bersatu kembali dengan dua lagu baharu

-

KUMPULAN disko legenda dari Sweden, ABBA, mengumumka­n Jumaat lepas bahawa mereka sudah bersatu semula untuk merekodkan dua lagu baharu, 35 tahun selepas lagu single terakhir mereka.

“Keempat-empat kami rasa, selepas kira-kira 35 tahun, ia mungkin seronok untuk menggemble­ng tenaga sekali lagi dan memasuki studio rakaman.

“Itulah apa yang kami buat,” kumpulan itu menyebut dalam satu kenyataan selepas beberapa kali menyatakan sebelum ini bahawa mereka tidak akan bersatu semula.

Mereka berkata mereka sudah merekodkan dua lagu baharu, satu bertajuk ‘I Still Have Faith In You’ dan satu lagi lagu belum diberi tajuk.

Mereka berpisah pada 1982 selepas mendominas­i dunia disko selama lebih sedekad dengan lagulagu hit seperti ‘Waterloo’, ‘Dancing Queen’, ‘Mamma Mia’ dan ‘Super Trouper’.

“Ia seperti masa tidak bergerak dan kami hanya bercuti buat seketika selama ini.

“Satu pengalaman yang amat menggembir­akan!” ujar ahli-ahli Agnetha Faltskog, Bjorn Ulvaeus, Anni-Frid Lyngstad dan Benny Andersson.

Kumpulan itu, yang menjual lebih 400 juta album, tidak bernyanyi bersama di atas pentas sejak 1986.

Tetapi sekarang, avatar berkompute­r akan mempersemb­ahkan lagu ‘I Still Have Faith In You’ dalam satu siaran khas TV oleh BBC pada Disember, kata kumpulan itu.

“Kami sudah matang, tetapi lagu itu baharu. Dan ia rasa bagus.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia