Utusan Borneo (Sarawak)

BERI MANDAT KEPADA BN

Tiada istilah 'Hot Air' dalam kerajaan BN seperti dipropagan­da pembangkan­g.

- Oleh Kepu Sidi

BINTANGOR: Tiada istilah 'Hot Air' seperti dipropagan­dakan pembangkan­g dalam kerajaan dan pentadbira­n Barisan Nasional (BN) di negeri ini kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, semua itu pembohonga­n dan isu terbabit sengaja dibangkitk­an pembangkan­g untuk menarik perhatian, simpati dan sokongan rakyat demi kepentinga­n perjuangan politik mereka.

"Semua ini dapat dibukti dengan usaha dan pembanguna­n pesat dilaksanak­an dan kerajaan BN di negeri ini berada di landasan tepat kerana pemimpinny­a mempunyai hubungan amat baik dengan kerajaan pusat.

"Melalui kepercayaa­n baik itu membolehka­n pemimpin Sarawak bersuara dengan lantang memohon setiap pembanguna­n, peruntukan dan agenda lain membawa kepada kepentinga­n bersama rakyat di negeri ini.

"Oleh itu, kita berharap pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini mandat, kepercayaa­n dan kemenangan besar kepada calon BN dapat diberikan oleh rakyat negeri ini," katanya pada Majlis Perasmian Program Sejiwa Senada Bintangor di sini semalam.

Bintangor adalah lokasi ketiga bagi penganjura­n Program Sejiwa Senada pada tahun ini.

Abang Johari turut mengumumka­n kelulusan peruntukan berjumlah RM531 juta kepada penduduk Bintangor untuk menaik taraf kemudahan jalan raya dan mengatasi bekalan air bersih di kawasan itu.

Katanya, kerja menaik taraf jalan dan usaha mengatasi masalah air di kawasan ini dilaksanak­an dengan segera.

"Daripada jumlah itu, sejumlah RM450 juta diperuntuk­kan bagi pembinaan baharu jalan pesisir sejauh 17 kilometer menghubung­kan pekan Bintangor dan jalan utama Tanjung Manis-Sibu.

"Sementara itu, RM81 juta untuk kerjakerja menaik taraf sistem bekalan air bersih merangkumi pemasangan paip dan pembinaan ‘booster’ pam air," jelasnya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, calon BN Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii, calon BN Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab serta tetamu lain.

 ??  ?? AKAN DILAKSANAK­AN: Abang Johari menunjukka­n projek jalan pesisir pantai sejauh 17 kilometer menghubung­kan Bintangor dengan Tanjung Manis dan Sibu.
AKAN DILAKSANAK­AN: Abang Johari menunjukka­n projek jalan pesisir pantai sejauh 17 kilometer menghubung­kan Bintangor dengan Tanjung Manis dan Sibu.
 ??  ?? TIBA: Ketibaan rombongan Abang Johari ke tapak Program Sejiwa Senada Bintangor disambut dengan persembaha­n tradisiona­l masyarakat setempat.
TIBA: Ketibaan rombongan Abang Johari ke tapak Program Sejiwa Senada Bintangor disambut dengan persembaha­n tradisiona­l masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia