Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA CEDERAKAN DUA LELAKI DITAHAN

-

SIBU: Seorang remaja lelaki ditahan selepas mencari pasal semasa mabuk kerana mendatangk­an kecederaan terhadap dua lelaki menggunaka­n pisau lipat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata suspek, 23, disyaki mencederak­an dua lelaki berumur 31 dan 37 tahun di Jalan Channel berhampira­n Pasar Sentral Sibu sekitar jam 1 pagi semalam.

“Sebelum kejadian, suspek berada dalam pengaruh alkohol bertindak menolak motosikal mangsa sehingga jatuh ke lantai,” katanya.

Stanley berkata, tindakan suspek menyebabka­n mangsa tidak berpuas hati sehingga berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek.

“Suspek mengeluark­an sebilah pisau namun cuba dihalang oleh rakan mangsa tetapi tidak berjaya apabila mangsa mengalami kecederaan di bahagian ibu jari sebelah kanan dan lengan kanan,” jelasnya.

Menurut beliau, suspek juga cedera di bahagian rusuk manakala mangsa cedera di dada sebelah kanan selepas ditikam suspek.

Katanya, siasatan awal polis mendapati punca kejadian disebabkan mangsa tidak berpuas hati dengan suspek menjatuhka­n motosikaln­ya.

Pengadu mendapatka­n rawatan di pusat perubatan swasta manakala mangsa dibawa ambulans swasta ke Hospital Sibu dan suspek dibawa ke Hospital Sibu menaiki ambulans.

Stanley berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan direman empat hari.

 ??  ?? DITAHAN: Suspek cedera di bahagian rusuk kiri dibawa ke Hospital Sibu selepas kejadian.
DITAHAN: Suspek cedera di bahagian rusuk kiri dibawa ke Hospital Sibu selepas kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia