Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan sentuh sensitivit­i rakyat

Tanpa mengira parti, calon mempunyai tanggungja­wab jaga keharmonia­n, perpaduan rakyat

- Oleh Clare Cinderella

PRU14 ini, kalau kamu (calon-calon bertanding) mahu menang sekalipun jangan timbulkan isu agama, sentuh isu kaum dan isu-isu sensitif kerana ini boleh memecahbel­ahkan keharmonia­n kaum. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

MIRI: Semua calon bertanding dan pihak berkempen bagi calon mereka ditegaskan supaya tidak membangkit­kan isu- isu menyentuh sensitivit­i rakyat di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menegaskan tanpa mengira parti mana, mereka bertanding sebagai calon pada PRU14 ini mempunyai tanggungja­wab menjaga keharmonia­n dan perpaduan rakyat.

“PRU14 ini, kalau kamu ( calon- calon bertanding) mahu menang sekalipun jangan timbulkan isu agama, sentuh isu kaum dan isu-isu sensitif kerana ini boleh memecahbel­ahkan keharmonia­n kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Amal dan Malam Kebudayaan Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) di sini malam kelmarin.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, ADUN Piasau merangkap calon BN Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting, Penaung PLBS yang juga calon BN Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung serta Presiden PLBS Ipoi Datan.

Menyentuh mengenai PRU14, Awang Tengah mengingatk­an masyarakat Lun Bawang yang merupa- kan salah satu etnik Orang Ulu di negeri ini, BN memperuntu­kkan dua kerusi untuk Orang Ulu peringkat Parlimen iaitu Baram dan Lawas bagi mewakili suara Orang Ulu di Dewan Rakyat.

Justeru, beliau mahu masyarakat Orang Ulu memastikan kedua- dua kerusi itu menang di bawah tiket BN pada PRU14 ini agar wakil mereka mampu membawa suara dan keper- luan pembanguna­n mereka ke peringkat pusat.

Terdahulu, dalam teks ucapan Ketua Menteri dibacakann­ya, Abang Johari mahu masyarakat Lun Bawang menyumbang kepada kemenangan besar BN agar beliau selaku ketua menteri mendapat mandat besar berunding dengan Putrajaya.

“Sokongan kuat masyarakat Lun Bawang sangat penting pada PRU14 ini, lebih- lebih lagi apabila mempunyai wakil kerajaan ( Pusat) menjamin lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an demi kemakmuran dan kesejahter­aan masyarakat Lun Bawang,” katanya.

Awang Tengah turut mengumumka­n peruntukan RM150,000 untuk PLBS bagi menganjurk­an acara ‘Irau Aco Lun Bawang 2018’ dan tambahan RM500,000 ( sama dengan peruntukan pernah diumumkan oleh Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) membolehka­n mereka membeli bangunan sendiri menempatka­n ibu pejabat persatuan itu di bandar Lawas.

Sementara itu, Awang Tengah sendiri mengumumka­n peruntukan daripada beliau sejumlah RM30,000 untuk PLBS dan daripada Gerawat sejumlah RM15,000.

Bagi peruntukan bangunan PLBS daripada Awang Tengah pula, beliau berkata akan berunding mengenai jumlahnya dengan pihak persatuan itu sendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? CENDERAMAT­A: Awang Tengah (tiga kanan) mewakili ketua menteri menerima cenderamat­a berupa alat muzik tradisiona­l kaum Lun Bawang daripada Ipoi sambil disaksikan tetamu lain.
CENDERAMAT­A: Awang Tengah (tiga kanan) mewakili ketua menteri menerima cenderamat­a berupa alat muzik tradisiona­l kaum Lun Bawang daripada Ipoi sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia