Utusan Borneo (Sarawak)

LAGI SUSPEK SAMUN KEDAI SERBANEKA DIBERKAS

-

KUCHING: Polis Sarawak berjaya memberkas seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam bersiri di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak DCP Datuk Dev Kumar dalam satu kenyataan berkata, suspek kedua itu berumur 24 tahun ditangkap di LTAK sekitar jam 12.45 tengah hari semalam.

“Pasukan D9 IPK Sarawak diketuai ASP Lawrence Rawieng telah menangkap suspek ini di LTAK sebaik sahaja dia tiba dari Kota Kinabalu,” katanya.

Dev memberitah­u, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini untuk permohonan reman.

Mengulas lanjut tentang kes itu, beliau menjelaska­n pada 27 April lalu, Polis Sarawak berjaya menangkap suspek pertama yang disyaki terlibat dalam 15 kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Kuching dan Padawan yang dilaporkan tahun ini sementara masih memburu seorang lagi rakannya (suspek kedua).

Dedahnya, suspek pertama ditangkap selepas risikan dijalankan oleh Task Force Samun sekitar jam 1 petang pada 16 April lepas di sebuah rumah di Taman Malihah di Matang.

“Suspek berusia 22 tahun, seorang penganggur dan telah diuji positif dadah jenis syabu, selain itu pasukan telah merampas sebuah motosikal dari rumah suspek yang kini masih ditahan reman.

“Pasukan pada masa yang sama sedang menjejak seorang lagi suspek (kedua) yang masih bebas dan belum dapat dikesan,” katanya.

Ekoran itu katanya lagi, polis telah menyiarkan gambar seorang suspek kedua terbabit yang dikehendak­i untuk siasatan berhubung kes-kes ini.

Berikutan penyiaran gambar suspek ini, Dev memberitah­u usaha-usaha telah dijalankan untuk menasihati suspek ini untuk menyerah diri.

“Pasukan polis telah dimaklumka­n terlebih dahulu bahawa suspek kedua ini akan menyerah diri di LTAK diiringi peguamnya,” ujarnya.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek kedua kes samun berjaya diberkas di LTAK.
DITANGKAP: Suspek kedua kes samun berjaya diberkas di LTAK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia