Utusan Borneo (Sarawak)

Anyi berikrar lawat lebih banyak rumah panjang, kampung pedalaman Baram

-

MARUDI: Melawat lebih banyak rumah panjang dan kampung di pedalaman Baram antara ikrar calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Baram Anyi Ngau, 60, jika diberi peluang memenangi Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) ini.

Beliau berkata, tugas melawat setiap kampung dan rumah panjang di kawasan Parlimen Baram menyamai keluasan negeri Perak dengan tiga Dewan Undangan Negeri ( DUN) di bawahnya iaitu Mulu, Marudi dan Telang Usan bukan perkara mudah.

“Perkara yang bohong jika saya memberitah­u sudah melawat semua kampung di Parlimen Baram terutama kawasan jauh terpencil di hulu dan sukar dihubungi.

“Namun, saya berani katakan sepanjang lima tahun sebagai wakil rakyat semua kawasan pusat daerah mengundi sudah saya lawati.

“Saya pastikan semua kampung setiap pusat itu menghantar wakil masing- masing mengenal pasti masalah dan keperluan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon di Marudi kelmarin.

Anyi berkata demikian sebagai menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan beliau kurang melawat kawasan di Parlimen Baram sebelum ini.

Terdapat lebih 300 kampung dan rumah panjang seluruh Parlimen Baram.

Anyi daripada Parti Demokratik Progresif ( PDP) dipilih sebagai Ahli Parlimen Baram selepas mengalahka­n calon Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Roland Engan pada PRU13 ( 2013).

Pada PRU14 ini menyaksika­n pertemuan kali kedua Anyi dengan Roland, yang merupakan anak saudara beliau sendiri dan keduaduany­a adalah Kenyah berasal dari Long Silat.

Anyi memberitah­u kawasan Baram sama ada di Telang Usan, Mulu atau Marudi masih memerlukan lebih banyak pembanguna­n khususnya infrastruk­tur asas seperti bekalan air bersih, elektrik dan jalan.

“Justeru, amat penting rakyat membuat keputusan bijak pada 9 Mei nanti dengan menyokong kerajaan yang terbukti dapat membawa pembanguna­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia