Utusan Borneo (Sarawak)

OKU perlu dibantu agar mampu hidup berdikari

-

BINTULU: Golongan orang kurang upaya (OKU) perlu terus dibantu dan dibangunka­n supaya mereka mampu hidup berdikari menjalani kehidupan seharian.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata golongan OKU perlu diberi layanan sama rata tanpa dibezakan keupayaan mereka.

“Nasib seseorang semasa dilahirkan mungkin tidak sama tetapi mereka tidak harus dibeza-bezakan dan masyarakat tidak harus berputus asa sebaliknya membantu dan memajukan golongan ini,” katanya pada perasmian ‘Vaie Autisme Charity Run’ atau larian amal untuk kutipan derma di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat OKU Gemilang Bintulu Mohamad Zephyan Nasution Junaidi.

Program itu anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti OKU Gemilang Jepak Bintulu (OKU Gemilang Bintulu) dengan kerjasama Kelab Belia Sebiew.

Talib berkata, golongan OKU perlu diberi peluang memperliha­t bakat mereka terutama dalam bidang sukan dan masyarakat perlu meraikan bersama tanda prihatin membantu golongan ini selain memupuk gaya hidup sihat.

Terdahulu, Pengerusi OKU Gemilang Bintulu Ismawi Bujang berkata Vaie Autisme Charity Run itu disertai 300 peserta untuk pelepasan acara pertama dan 69 peserta OKU untuk pelepasan acara kedua.

“Program ini adalah sempena World Autisme yang diwartakan dalam kalendar dunia,” jelasnya.

Beliau berkata, masyarakat Malaysia tidak dinafikan cukup prihatin dalam program- program amal dan membawa bersama semua orang melihat nilai kebersamaa­n memberi peluang kepada kanak-kanak OKU berdiri sama tinggi dengan kanakkanak normal.

“PDK Gemilang Jepak berusia 10 tahun dan setiap tahun memberi kesedaran peranan masyarakat terhadap golongan OKU dan membawa masyarakat memberi sokongan kepada OKU,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Talib (tengah) menandatan­gani plak perasmian ‘Vaie Autisme Charity Run’ sambil disaksi Ismawi (kiri) dan Zephyan (kanan) dan yang lain.
RASMI: Talib (tengah) menandatan­gani plak perasmian ‘Vaie Autisme Charity Run’ sambil disaksi Ismawi (kiri) dan Zephyan (kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia