Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Iban di kawasan Teru, Peking diminta sokong BN

-

TERU, LAPOK: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil menggesa pengundi Iban di kawasan Teru dan Peking menyokong Barisan Nasional ( BN) pada 9 Mei ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan itu berkata, beliau menyasarka­n sekurangku­rangnya 90 peratus daripada lebih 1,000 pengundi berdaftar di Hulu Teru, Teru dan Peking mengundi calon BN, Anyi Ngau.

“Jika tidak 90 peratus, kita boleh mendapat 100 peratus undi untuk BN dan ini sesuatu yang amat bagus untuk kita lihat.

“Justeru, semua komuniti termasuk ketua dan pemimpin masyarakat memainkan peranan penting memastikan sasaran tercapai iaitu menang dengan majoriti besar,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Francis Ginda, Tanjung Mawang di Teru semalam.

Hadir sama Anyi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Tuai Rumah Francis Ginda, Penghulu Kalang Ami, Pemanca Enggah Muga dan kira- kira 300 penduduk kampung.

Ini merupakan hari pertama kempen Anyi di salah sebuah rumah panjang Iban di konstituen­si beliau yang amat luas.

Anyi, berbangsa Kenyah dari Long Silat fasih bertutur dalam bahasa Iban memberitah­u, pemilihan beliau sebagai calon oleh pucuk pimpinan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) ini merupakan satu ‘ panggilan penting’ ditunaikan sebaik mungkin.

“Sekiranya saya menang dengan doa dan restu semua, saya lakukan yang terbaik mengubah wajah Baram dan masa depan rakyat di kawasan saya. Ini janji saya, jika memenangi PRU14 ini.

“Justeru, setiap undi amat penting bukan untuk saya tetapi demi kesinambun­gan pembanguna­n yang sedang dan akan dilaksanak­an.

“Marilah kita bekerjasam­a merancakka­n pembanguna­n di sini,” kata Anyi.

Beliau mengingatk­an rakyat agar membuat pilihan tepat menentukan masa depan mereka lima tahun akan datang.

“Sekiranya salah pilih, semua pembanguna­n kita rancang dan laksanakan akan terbantut. Manifesto BN berikrar membangunk­an seluruh negeri khususnya Baram maka janganlah usaha itu dihentikan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Penguang mengumumka­n peruntukan di bawah projek kecil luar bandar ( MRP) RM10,000 untuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) dan RM5,000 Wanita Rumah Francis Ginda.

Selain itu, sejumlah RM15,000 untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) Sekolah Kebangsaan ( SK) Kuala Bok.

Terdahulu, Tuai Rumah Francis, Penghulu Kalang dan Pemanca Enggah berikrar menyokong Anyi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia