Utusan Borneo (Sarawak)

37 KAKITANGAN SARAWAK ENERGY SIBU BOTAKKAN KEPALA

- Oleh Florence Nervyn

SERAMAI 37 kakitangan Sarawak Energy Sibu secara sukarela membotakka­n kepala mereka menerusi kempen amal ‘Satellite Shave for Go Bald 10’.

Kempen amal tersebut disempurna­kan Pengurus Wilayah Tengah Sarawak Energy Peridah Samawi di pejabat syarikat Sarawak Energy Sibu, baru-baru ini.

Menurut Peridah, program Satellite Shave for Go Bald 10 adalah program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk membantu Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Negeri Sarawak (SCCS) mengutip dana bagi menyokong usaha menyediaka­n khidmat sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga pesakit kanser.

Pada majlis yang sama, Sarawak Energy Sibu menyerahka­n sumbangan RM10,000 kepada SCCS untuk kempen Go Bald 2018.

Kakitangan Sarawak Energy Sibu turut memberi sumbangan RM3,250 dan RM1,150 hasil jualan baju kemeja SCCS.

Hadir sama ialah Penolong Pengurus Acara dan Pemasaran SCCS Genevieve Tan dan Penyelaras SCCS Sibu Pau Kiew Chuang.

Kempen Go Bald menggalakk­an orang ramai memberi sokongan moral kepada kanakkanak dan keluarga pesakit kanser dengan mencukur kepala mereka sehingga botak.

Sementara itu, Genevieve memperlawa organisasi di Sarawak yang berminat untuk menganjurk­an acara Satellite Shave untuk program CSR di premis mereka boleh menghubung­inya di talian 082-686276.

Untuk maklumat lanjut mengenai Go Bald, sila hubungi SCCS di talian 082-686276atau e-mel kepada events@sccs.org.my atau melayari laman web www.gobald.my atau layari laman Facebook di www. facebook.com/GoBald.

 ??  ??
 ??  ?? DANA TAMBAHAN: Peridah (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan RM10,000 kepada Genevieve (tiga kanan) sambil diperhatik­an Pau (dua kanan) serta yang lain.
DANA TAMBAHAN: Peridah (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan RM10,000 kepada Genevieve (tiga kanan) sambil diperhatik­an Pau (dua kanan) serta yang lain.
 ??  ?? USAHA MURNI: Kakitangan Sarawak Energy Sibu merakam kenangan selepas mengambil bahagian pada kempen amal Satellite Shave for Go Bald 10.
USAHA MURNI: Kakitangan Sarawak Energy Sibu merakam kenangan selepas mengambil bahagian pada kempen amal Satellite Shave for Go Bald 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia