Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan sorok syabu dalam semak dicekup polis

Polis menemui 31 peket plastik mengandung­i syabu disimpan dalam satu bekas plastik berpenutup

-

LIMBANG: Seorang nelayan dicekup selepas tindakanny­a menyembuny­ikan syabu dalam semak di belakang rumahnya berjaya dihidu polis dalam satu serbuan pagi kelmarin.

Suspek, 40, dari Kampung Patiambun ditahan jam 11.30 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil pemeriksaa­n dalam semak di belakang rumahnya, polis menjumpai 31 peket plastik mengandung­i syabu yang disimpan dalam satu bekas plastik berpenutup.

“Syabu seberat 9.24 gram bernilai RM1,600 dirampas, bagaimanap­un suspek nega- tif dadah hasil ujian saringan awal polis terhadapny­a,” katanya semalam.

Reman akan dimohon hari ini dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A( 1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu di Mukah, dua lelaki tempatan ditahan polis ketika cuba membuang dadah di tepi jalan supaya kegiatan mereka tidak diketahui pihak berkuasa.

Namun kebijaksan­aan polis akhirnya menemui sebungkus plastik lutsinar mengandung­i dadah dipercayai Methampeth­amine seberat 0.80 gram.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau, dalam kejadian pada petang Ahad itu pihaknya te- lah memeriksa sebuah kereta dalam keadaan mencurigak­an berdekatan jambatan di sebuah kampung di Mukah.

Pada awal pemeriksaa­n, polis tidak menjumpai sebarang bahan terlarang namun akhirnya satu bungkusan dipercayai telah dibuang salah seorang suspek ditemui dalam semak berdekatan.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek yang berumur berumur 23 dan 31 tahun positif dadah.

“Kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” jelas Jimmy.

Syabu seberat 9.24 gram bernilai RM1,600 dirampas, bagaimanap­un suspek negatif dadah hasil ujian saringan awal polis terhadapny­a. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

 ??  ?? RAMPAS: Syabu yang dijumpai dalam semak.
RAMPAS: Syabu yang dijumpai dalam semak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia