Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Lintang terima berita gembira

Abang Johari lulus peruntukan RM8 juta untuk bina baharu Masjid Darul Naim di Kampung Lintang

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Masjid Darul Naim Kampung Lintang bakal berwajah baharu selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan RM8 juta untuk membina baharu masjid itu.

Berita gembira itu diumumkann­ya semasa mengadakan tinjauan mesra ke masjid tersebut yang turut ditemani Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Pusat dan Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali semalam.

Abang Johari menjelaska­n, keperluan untuk membina masjid itu ekoran ia telah berusia lebih 40 tahun dan struktur fizikalnya uzur serta berlakunya banyak ketirisan pada bumbung.

“Kerajaan negeri memberi peruntukan untuk membangunk­an masjid ini secara berperingk­at iaitu tahun ini RM4 juta dan

Kerajaan negeri memberi peruntukan untuk membangunk­an masjid ini secara berperingk­at iaitu tahun ini RM4 juta dan tahun depan RM4 juta mengikut perkembang­an pembinaan

ini. ” masjid baharu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

tahun depan RM4 juta mengikut perkembang­an pembinaan masjid baharu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas kunjungan mesra sesi taklimat projek pembanguna­n semula Masjid Baharu Kampung Lintang di Masjid Darul Naim di sini semalam.

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Satok menjelaska­n bahawa projek pembinaan masjid baharu berkenaan mengambil masa 24 bulan.

Selain itu, beliau memberitah­u terdapat kemudahan lain turut akan dibina di masjid baharu itu seperti bilik akad nikah, bilik mandi jenazah, bilik gimnasium dan sebagainya.

“Inilah usaha kita dalam memberi keselesaan kepada penduduk setempat dalam menunaikan ibadah mereka,” ujarnya.

Sesi taklimat projek pembinaan masjid baharu itu disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Induk Badan Pembanguna­n Masjis Baharu Kampung Lintang Abang Asri Abang Ariffin.

 ??  ?? SERAH: Abang Johari menyampaik­an replika cek kepada Abang Asri sambil disaksi Fadillah dan Hasidah.
SERAH: Abang Johari menyampaik­an replika cek kepada Abang Asri sambil disaksi Fadillah dan Hasidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia