Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja berumur 40 tahun ke atas digesa buat saringan kesihatan

-

KUALA TERENGGANU: Pekerja berumur 40 tahun ke atas sama ada yang berkhidmat dalam sektor awam atau swasta digesa menjalanka­n ujian saringan kesihatan kerana ia amat penting bagi menentukan tahap kesihatan masingmasi­ng dan membantu majikan menentukan tahap produktivi­ti mereka.

Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Terengganu, Nora Yaacob berkata kesedaran menjalanka­n saringan kesihatan amat sedikit kerana ada dalam kalangan golongan ini yang kurang prihatin terhadap masalah kesihatan yang dialami.

“Sebab itu kita datang ke agensi-agensi dan syarikat-syarikat terutama yang mempunyai pekerja yang ramai untuk membuat saringan kesihatan, agar kesihatan mereka sentiasa berada dalam situasi terkawal.

“Sebenarnya saringan kesihatan kepada pekerja ini sangat penting kerana ia memberi keuntungan kepada syarikat itu sendiri kerana pekerja dapat tahu yang dia ada masalah kesihatan, seterusnya mereka boleh mengawal kesihatan dan produktivi­ti syarikat akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program saringan kesihatan dan advokasi bersama Syarikat Air Terengganu­SdnBhd(SATU), yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong dan Ketua Pegawai Eksekutif Salam Specialist Hospital, Datuk Ir Wan Ngah Wan Ali.

Program itu mendapat kerjasama Salam Specialist Hospital, Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), polis serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Nora dalam pada itu berkata pihaknya menyasarka­n sebanyak lapan lagi program seumpama diadakan sepanjang tahun ini melibakan agensi atau syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja yang ramai.

Beliau berkata, selain daripada saringan kesihatan, Perkeso juga menekankan tentang keselamata­n jalan raya kerana ramai pekerja yang menggunaka­n motosikal untuk ke tempat kerja, berisiko mengalami kemalangan jalan raya.

Mengenai pengeluara­n perbelanja­an untuk bayaran faedah insuran Perkeso sehingga Mac tahun ini, sebanyak RM3.1 juta telah dibayar kepada penerima manakala sepanjang tahun lepas ia melibatkan sebanyak RM14 juta.

Pada majlis itu, seorang daripada kakitangan syarikat air berkenaan Hamina Hassan Hamzah, 55, telah menerima bayaran insurans Perkeso sebanyak RM7,328 kerana kemalangan semasa menunggang motosikal ketika menjalanka­n tugas.

Perkeso turut menyumbang 40 topi keledar kepada pekerja SATU sebagai satu langkah menangani kemalangan jalan raya ke atas pekerja di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia