Utusan Borneo (Sarawak)

PH Kuala Ketil bergolak, tolak calon tidak direstui

-

BALING: Pakatan Harapan (PH) kawasan Kuala Ketil kini bergolak apabila anggota dan penyokong mereka sepakat menolak Mohamad Sofee Razak sebagai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggota Jawatankua­sa PH Baling Mohd Azmi Mohamed Amin berkata, mereka menentang calon itu kerana beliau merupakan calon luar yang tidak mendapat persetujua­n peringkat akar umbi.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku apabila pihak tertinggi meletakkan calon luar dan menyingkir calon tempatan Rozaini Mad Isa iaitu Ketua Cabang PKR Baling yang telah lama berkhid- mat di DUN ini.

“Kami pertikaika­n pelantikan itu kerana mereka tidak berbincang dengan kami dahulu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri anggota parti-parti lain PH di sini, semalam.

PH menamakan Mohamad Sofee untuk bertanding kerusi DUN Kuala Ketil bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Khairul Azhar Abdullah dan calon PAS Mohamad Mansor Zakaria.

Mohd Azmi yang juga Setiausaha PKR Baling berkata, sebanyak 21 daripada 24 Jajahan Daerah Mengundi (JDM) di DUN itu juga tidak mengaktifk­an bilik gerakan masing-masing kerana kecewa dengan senario itu.

“Kami telah membuat bantahan semasa pengumuman penamaan calon oleh Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail namun, tidak mendapat sebarang maklum balas sehingga sekarang.

“Sampai sekarang, kepimpinan tertinggi dan calon itu tidak pernah datang berjumpa kami. Sepatutnya, dia (calon tersebut) berasa malu kerana sebagai orang luar dia tidak berjumpa (kami) tuan rumah,” katanya.

Mohd Azmi berkata beliau rela sekiranya kepimpinan tertinggi PH mengambil tindakan disiplin termasuk memecat keanggotaa­nnya tetapi mereka perlu berdepan dengan ribuan anggota yang bersama- sama dengannya dalam isu itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROTES: Mohd Azmi (tengah) menunjukka­n tanda protes kepada kepimpinan Pakatan Harapan ketika sidang media di Kuala Ketil, Baling semalam.
— Gambar Bernama PROTES: Mohd Azmi (tengah) menunjukka­n tanda protes kepada kepimpinan Pakatan Harapan ketika sidang media di Kuala Ketil, Baling semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia