Utusan Borneo (Sarawak)

Elvira dinobatkan juara Mentor Otai pertama

- HIBURAN

malam Ahad lepas, Elvira membuktika­n walaupun pernah menduduki di tangga dua terbawah semasa konsert minggu ketiga Mentor Otai, dia masih lagi boleh menundukka­n rakan-rakan seperjuang­annya yang lain seperti Azee (Naib Johan), Alina (ketiga) dan AJ (keempat) untuk merangkul gelaran Juara Mentor Otai yang pertama.

Dengan kemenangan itu, Elvira membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi pertama Mentor Otai.

Dalam konsert akhir itu, Elvira telah mempersemb­ahkan lagu ‘Bukan Dia Tapi Aku’ secara solo dan ‘Nur Nilam Sari’ secara duet bersama Azlan Typewriter.

Kedua-dua persembaha­nnya itu telah menambat hati majoriti juri awam yang terdiri daripada wakil industri hiburan tanah air dan meraih 19 peratus undian.

Menurut juri tetap Mentor Otai, Edry Abdul Halim, “Sememangny­a saya amat minat dengan nada suara Elvira semenjak konsert pertama lagi. Tambahan pula, selain daripada persembaha­npersembah­annya yang sentiasa bertenaga, Elvira kreatif dan mempunyai originalit­inya sendiri.”

“Elvira pandai mengubah susunan lagu asal menjadikan lagu itu lagunya sendiri. Itu yang menjadikan Elvira layak digelar Juara Mentor Otai ini,” tambah Edry.

Sementara itu, Misha Omar iaitu Mentor kepada Elvira berkata, perjalanan beliau sebagai mentor dalam program ini merupakan satu pengalaman yang amat berharga. “Terutamany­a kerana hubungan saya dengan Elvira seperti ibu dan anak. Kami begitu rapat sehinggaka­n setiap jatuh bangun Elvira dalam program ini dapat saya rasakan. Terutamany­a apabila Elvira pernah menduduki tempat kedua terbawah pada konsert kedua (minggu ketiga) suatu ketika dahulu,” katanya.

“Namun, pada malam ini (Ahad), Elvira telah ketepikan semua tenaga negatif dan mempelajar­i setiap kesilapann­ya sehingga saya berasa amat berbangga dengan Elvira.

“Saya harap selepas Mentor Otai ini, Elvira tidak akan berhenti menyanyi dan terus belajar. Kepada penyokong Elvira, teruslah menyokong karier Elvira, kerana Elvira mampu pergi jauh lagi,” tambah Misha lagi.

Pada malam itu, Azee (protege Zarul Husin) telah merangkul gelaran Naib Juara Mentor Otai dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 serta trofi. Manakala Alina (protege Siti Sarah) mendduki tempat ketiga dan membawa pulang RM20,000 serta trofi meninggalk­an AJ (protege Tam Spider) di tempat keempat dan membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Menyingkap kembali Pentas Akhir Mentor Otai pada malam itu, suasana studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam amat meriah terutamany­a dengan persembaha­n Kugiran Masdo sebagai pembuka tirai dengan lagu ‘Bercanda dan Mas Mona’.

Kemudian, Pentas Akhir Mentor Otai diteruskan dengan persembaha­n oleh protege-protege.

Sementara itu, persembaha­n penutup Pentas Akhir Mentor Otai akan disampaika­n oleh Saleem dengan lagu ‘Suci Dalam Debu’.

Konsert akhir Mentor Otai yang dihoskan oleh Haziq Hussni (Hot FM) dan Elly Mazlein bersiaran secara langsung pada Ahad lepas bermula jam 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Buat mereka yang tidak berkesempa­tan untuk menonton siaran langsung Pentas Akhir Mentor Otai ini, saksikan siaran ulangannya pada Jumaat, jam 9.30 pagi di TV3 atau di portal video tonton (www.tonton.com.my).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia