Utusan Borneo (Sarawak)

Guru didakwa cabul 13 kanak-kanak direman lanjut

-

MIRI: Mahkamah Sesyen memerintah­kan tempoh reman ke atas seorang guru yang disyaki mencabul kehormatan 13 murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Batu Niah dilanjutka­n selama tiga hari lagi.

Perintah itu dikeluarka­n Hakim Mahkamah Sesyen, Steve Ritikos setelah membenarka­n permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Inspektor Wira Sumbin dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya Wira memberitah­u, suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula 25 April lalu dan berakhir semalam, 1 Mei.

Bagaimanap­un katanya, memandangk­an siasatan lanjut masih belum dapat diselesaik­an dalam tempoh tujuh hari tersebut, pihak pendakwaan justeru memohon suspek direman lanjut tujuh hari lagi bagi membolehka­n polis melengkapk­an siasatan.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merampas beberapa barang kes yang masih dalam simpanan suspek dan sekiranya suspek dibebaskan awal, dia dikhuatiri akan mengganggu mangsa serta melupuskan barang kes.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman lanjut tiga hari ke atas suspek yang akan berakhir pada 4 Mei ini.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, suspek ditangkap sekitar jam 3.30 petang, 24 April lalu di pekarangan Balai Polis Pusat Miri.

Tangkapan ke atas suspek dibuat berikutan satu laporan polis yang diterima daripada seorang suri rumah yang merupakan ibu salah seorang mangsa pada 23 April lalu.

Dalam aduannya, ibu terbabit mendakwa bahawa anak perempuann­ya yang berusia lapan tahun memberitah­unya beberapa kali bahawa semenjak Mac hingga awal April ini, seorang guru lelaki sering merabanya di dalam kelas.

Keadaan itu menyebabka­n mangsa meminta supaya ibunya (pengadu) memindahka­nnya ke sekolah lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia