Utusan Borneo (Sarawak)

Skim diskaun tambahan kesalahan parkir bermula hari ini

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) melaksanak­an skim diskaun tambahan untuk kesalahan parkir bermula hari ini, 2 Mei.

Menerusi skim ini, pengguna kenderaan ditawarkan diskaun kompaun lebih tinggi sekiranya dijelaskan dalam tempoh lima hari.

Sebelum ini, MBM menawarkan diskaun 50 peratus untuk kompaun yang di- jelaskan dalam tempoh 14 hari. Skim diskaun dua minggu masih dilaksanak­an dan diteruskan.

Dalam kenyataan medianya semalam, skim membantu mengurangk­an jumlah bayaran denda sekali gus menggalakk­an pengguna segera menjelaska­n denda.

Potongan kadar denda ditawarkan untuk sebelas jenis kesalahan parkir. Denda RM50 dikenakan kepada pemandu yang mempamerka­n kupon digunakan dan menyebabka­n halangan di tempat letak kereta.

Sekiranya dibayar dalam tempoh lima hari, pemandu dikenakan bayaran RM15 dan setengah harga dalam tempoh 14 hari. Bayaran denda dikurangka­n sehingga RM9 untuk lima kesalahan dikenakan denda RM30.

Senarai kesalahan adalah meletak kenderaan bukan di lot parkir, meletak kenderaan di tempat bukan dikhaskan dan meletak kenderaan tidak masuk ke dalam kawasan ditandakan tempat parkir, gagal mempamerka­n kupon dan perlanggar­an peraturan lain.

Pemandu dikenakan diskaun setengah harga iaitu RM15 sekiranya kompaun dijelaskan dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, bayaran diskaun RM6.50 ditawarkan untuk tiga kesalahan iaitu tidak mempamerka­n kupon, kupon tidak dipamerkan dengan jelas dan kupon lebih awal masa.

Ketiga-tiga kesalahan itu dikenakan denda RM15, sekiranya dijelaskan dalam tempoh 14 hari pemandu ditawarkan diskaun RM8.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia