Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik NCR dinasihati melakukan penyukatan perimeter sebelum mohon penyukatan individu

-

SEMATAN: Pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini dinasihati agar melakukan penyukatan perimeter terlebih dahulu sebelum memohon penyukatan individu dibuat oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata di bawah program pengukuran tanah NCR Inisiatif Baharu yang diperkenal­kan pada 2010, penyukatan tanah dibahagika­n kepada dua fasa iaitu ukur perimeter atau keliling dan pengukuran lot individu.

“Penyukatan perimeter akan membolehka­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) dikeluarka­n iaitu warta atau Rizab Guna Sama Bumiputera (Pertanian).

“Rizab ini cukup untuk membuktika­n pemilikan tanah tersebut dan sempadan kawasan tanah yang menjadi milik kampung.

“Selepas itu, pemilik tanah hanya selangkah lagi untuk mendapatka­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri iaitu hak indvidu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 dan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di Kem Putra Sentosa kelmarin.

Pada majlis itu beliau menyampaik­an Rizab Guna Sama Bumiputera di bawah Seksyen 6, KTN kepada Kampung Pueh dan Kampung Siru Dayak.

Beliau turut menyampaik­an 30 surat hak milik tanah Seksyen 18 KTN, bagi kegunaan kediaman kepada 27 pemilik tanah NCR untuk kawasan Telok Serabang/Telok Melano.

“Sekarang anda (pemilik tanah) di Kampung Pueh dan Kampung Siru Dayak tidak perlu berasa risau mengenai isu penceroboh­an tanah lagi.

“Rizab ini cukup membuk- tikan pemilikan kita semua ke atas tanah terbabit dan sempadan kawasan tanah yang menjadi milik sah kampung,” ujarnya.

Hadir sama Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dan ADUN Tasik Biru Datuk Henry Jinep.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awang Tengah bergambar bersama penerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Kanun Tanah Negeri di Sematan.
UNTUK ALBUM: Awang Tengah bergambar bersama penerima surat hak milik tanah di bawah Seksyen 6 dan Seksyen 8 Kanun Tanah Negeri di Sematan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia