Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera pilihan raya BN diingat terus giatkan kempen

-

PUSA: Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Cawangan Pusa diingatkan supaya terus menggiatka­n gerak kerja kempen pilihan raya sejurus sahaja penamaan calon.

Tempoh berkempen yang diperuntuk­kan selama 11 hari perlu dipergunak­an sebaik mungkin dengan perancanga­n yang rapi dalam menyusun atur strategi dan turun padang membantu calon.

Perkara ini dinyatakan oleh penyandang kerusi Parlimen Batang Lupar Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Majlis Taklimat Bersama Ranting-Ranting Zon Pusa semalam.

“Jadikan setiap kali pilihan raya umpama peperangan yang baharu. Peredaran masa berlalu dengan begitu pantas, begitu juga dengan perubahan gaya hidup dan rutin harian.

“Kita juga jangan ketinggala­n menggunaka­n semua strategi baharu ini dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional dengan majoriti yang lebih besar di Parlimen Batang Lupar,” katanya.

Bendera parti, poster dan bahan-bahan kempen juga perlu diperbanya­kkan di setiap tempat bukan sahaja sebagai simbolik kerajaan BN telah banyak menyumbang bakti di sini malah untuk terus memastikan gelombang biru kekal terutama di Parlimen Batang Lupar.

Beliau turut menempelak taktik kotor pihak lawan yang menggunaka­n agama untuk berpolitik dan mempengaru­hi masyarakat setempat.

“Agama Islam merupakan kepercayaa­n yang suci buat kita sejak azali. Jangan mencemarin­ya untuk kepentinga­n peribadi dan parti hanya untuk menang dalam pilihan raya.

“Ini merupakan pendekatan yang terang-terang mengambil kesempatan terhadap kesucian agama,” katanya ketika berucap kepada lebih 200 hadirin yang terdiri daripada ketua-ketua jentera.

Hadirin turut diberi penerangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor tentang beberapa isu setempat yang sememangny­a dalam perhatian dan tindakan pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia