Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar transforma­si terbaik untuk rakyat luar bandar: Henry

-

LAWAS: Dasar transforma­si adalah dasar yang terbaik dicetuskan kerajaan sekarang untuk kebaikan penduduk di luar bandar.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong berkata, melalui dasar tersebut, pelbagai program telah dirancang dan dibawa ke kawasan luar bandar.

“Transforma­si itu adalah untuk mengubah kawasan luar bandar iaitu kampungkam­pung sama seperti di bandar.

“Mengubah itu maksudnya adalah dari segi keperluan asas seperti jalan yang bagus, bekalan air dan elektrik mencukupi dan sistem perparitan yang sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucapa pada Program Bertemu Rakyat di Bilik Gerakan Kampung Aru, Sundar dekat sini semalam.

Turut hadir menemani Henry ke program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa.

Jelas beliau lagi, seperti dalam manifesto BN, keperluan penduduk di luar bandar tidak pernah dilupakan.

“Semestinya manifesto ini pasti membawa kebaikan kepada penduduk di luar bandar sekiranya kerajaan BN berjaya membentuk kerajaan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Jadi besar harapan saya, agar penduduk di sini melihat kepada usaha dan keprihatin­an kerajaan sekarang untuk membantu mereka yang memerlukan serta kekal memilih kerajaan sedia ada,” katanya.

Henry memulakan pogram bertemu rakyat semalam dengan melawat beberapa tempat, antaranya Pusat Kebudayaan Long Tengoa, Balai Raya Kampung Tang Sango A, Dewan Beriwen Tengah, Dewan Kampung Perusia, Balai Raya Long Tukon, Balai Raya Kampung Long Kachu dan Dewan Kampung Mengkalap Trusan.

 ??  ?? BERTEMU: Henry bersalaman dengan penduduk setempat ketika berkunjung ke Bilik Gerakan Kampung Aru, Sundar.
BERTEMU: Henry bersalaman dengan penduduk setempat ketika berkunjung ke Bilik Gerakan Kampung Aru, Sundar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia