Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Media PRU14 sedia perkhidmat­an, kemudahan kepada pengamal media

-

KUCHING: Pusat Media Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) yang ditubuhkan Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh negara bertujuan menyediaka­n perkhidmat­an dan kemudahan kepada pengamal media untuk melaporkan perkembang­an pilihan raya.

Pusat media juga merupakan sumber berita yang sahih dan tepat berkonsepk­an ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Datuk Almain Ajirul berkata demikian semasa sidang media sempena Majlis Santai Bersama Media di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di sini, semalam.

“Pusat media juga ber- fungsi menyediaka­n maklumat berkaitan PRU14 termasuk maklumat berkaitan program dan aktiviti yang dilaksanak­an kerajaan sepanjang tempoh proses PRU14 kepada media.

“Maklumat lain berkaitan pilihan raya dahulu dan kini yang merangkumi senarai calon, jumlah dan peratusan pengundi mengikut kaum serta peta kawasan parlimen juga terdapat di pusat media,” ujar Almain.

Selain itu, pusat media berperanan membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) memastikan pengundi keluar mengundi beramai-ramai.

Sehubungan itu, bagi tujuan tersebut Almain turut memaklumka­n bahawa Jabatan Penerangan Malaysia turut mengajak orang ramai keluar mengundi dan seterusnya melancarka­n hashtag #NgundiLok dan #9Mei2018 Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak pada sidang media tersebut.

Pusat media berkenaan mula beroperasi 27 April yang sehingga 10 Mei, bermula jam 9 pagi hingga jam 9 malam setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Lokasi Pusat Media PRU14 di Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Aras Bawah, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, 9350, Petra Jaya Kuching Sarawak dan boleh dihubungi melalui talian 082312131, faksimili 082319808 dan e-mel pmediaprus­arawak@gmail. com.

Turut bersama Pengarah Penerangan Negeri Sarawak Abang Sardon Abang Hashim, Pengarah FINAS Cawangan Sarawak Maffizan Saupie dan Ketua Biro BERNAMA Sarawak Abdul Aziz Harun.

 ??  ?? ALMAIN
ALMAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia