Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim berikrar melindungi kepentinga­n Sarawak

-

KUCHING: Calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Stampin Datuk Dr Sim Kui Hian berikrar untuk melindungi kepentinga­n Sarawak dengan memastikan negeri ini diwakili satu pertiga Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, jika beliau menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, jumlah perwakilan tersebut harus dipenuhi kerana ia adalah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63) dan amat diperlukan untuk mengelak sebarang perubahan perlembaga­an yang mempengaru­hi kepentinga­n negeri ini.

“Ini penting kerana apabila kita mahu mengubah perlembaga­an, ia sepatutnya memerlukan persetujua­n dua pertiga daripada wakil Sarawak termasuk Sabah dan ini tidak akan dapat dicapai tanpa persetujua­n daripada kita.

“Namun selama ini, kita tidak pernah mempunyai bilangan Ahli Parlimen seperti itu walaupun ia telah termaktub dalam MA63,” katanya pada sidang media di pusat operasinya di MJC, semalam.

Menjelas lanjut, Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata pada masa ini, Sarawak mempunyai Ahli Parlimen kurang daripada 25 peratus di dalam Dewan Rakyat.

Situasi itu, katanya membolehka­n Ahli Parlimen dari Semenanjun­g Malaysia sentiasa dapat meluluskan undang-undang baharu yang boleh mengambil hak ke atas perlembaga­an Sarawak dan Sabah.

Justeru, katanya jika Sarawak dan Sabah diwakili dua pertiga Ahli Parlimen, maka mereka (Semenanjun­g Malaysia) selama-lamanya tidak dapat mengambil apaapa hak dalam perlembaga­an tanpa sokongan daripada kedua-dua negeri ini.

“Pada masa ini, kita mempunyai Ahli Parlimen kurang daripada 25 peratus dan bayangkan jika Semenanjun­g Malaysia berdiri bersama demi kepentinga­n mereka tanpa mementingk­an Sarawak dan Sabah, maka kita akan hanya tengok sahaja,” katanya.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) itu turut menegaskan perjuangan­nya itu adalah untuk melindungi kepentinga­n generasi masa depan di kedua-dua negeri ini.

Ketika ini, terdapat 31 kerusi Parlimen yang terdapat di Sarawak, dengan 25 daripadany­a adalah disandang Ahli Parlimen daripada BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia