Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan BN begitu prihatin masalah rakyat, kata Fatimah

-

SARIKEI: Dari Januari hingga Mac tahun ini Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei menyalurka­n perbelanja­an sejumlah RM2,334,950 kepada 2,571 penerima bantuan bulanan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata usaha itu membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) begitu prihatin masalah rakyat.

“Untuk membela nasib golongan kurang berkemampu­an serta meringanka­n beban rakyat, kerajaan BN menyedia beberapa skim bantuan seperti Bantuan Orang Tua, Bantuan KanakKanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) atau Pesakit Kronik Terlantar, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Anak Pelihara dan sebagainya.

“Tiada kerajaan lain begitu prihatin kepada rakyat selain kerajaan BN. Oleh itu, kita harap pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan BN untuk terus mentadbir negeri dan negara,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan Sarikei semalam.

Seramai 180 penerima bantuan bulanan kebajikan menerima sumbangan tersebut.

Sementara itu, Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata dengan bantuan itu diharap mampu meringanka­n beban penerima yang bakal menyambut perayaan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, usaha ini amat penting dalam keadaan ekonomi global tidak menentu menampung perbelanja­an golongan terbabit untuk mendapatka­n barang keperluan.

“Ini juga menunjukka­n bukti kerajaan BN tidak hanya mengambil kira keperluan golongan tertentu tetapi sedaya upaya membantu semua lapisan masyarakat sehingga ke peringkat akar umbi.

“Dengan ini kita menyeru semua masyarakat khasnya kalangan penerima bantuan kebajikan agar sentiasa mengamalka­n sikap berjimat cermat dan bersederha­na terutama menyambut hari perayaan masing-masing nanti,” katanya.

Turut hadir calon BN Parlimen Tanjong Manis Yusuf Abdul Wahab dan calon Parlimen Sarikei Dato Sri Huang Tiong Sii.

 ??  ?? RINGGAN BEBAN: Fatimah menyampaik­an sumbangan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan Sarikei semalam.
RINGGAN BEBAN: Fatimah menyampaik­an sumbangan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Pusat Aktiviti Perpaduan Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia