Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi di Parlimen Igan diminta semua keluar mengundi pada 9 Mei

-

SIBU: Pengundi di Parlimen Igan diminta keluar beramai-ramai mengundi pada 9 Mei ini bagi memastikan majoriti lebih besar untuk calon Barisan Nasional (BN) Igan Ahmad Johnie Zawawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata dengan mandat lebih besar sekali gus mengukuhka­n kedudukan BN sebagai kubu kuat di Parlimen Igan selama ini.

“Bilangan pengundi lebih 19,000 dan jika melihat rekod (PRU13) sebelum ini, kita cuba kekalkan lebih 60 peratus keluar mengundi walaupun sasaran kita adalah 80 peratus.

“Untuk dapatkan 100 peratus keluar mengundi mungkin agak mustahil, tetapi jika sudah mencapai 60 hingga 70 peratus keluar mengundi itu sudah dikira cukup baik,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ditanya mengenai perjalanan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Parlimen Igan memasuki hari keempat sejak penamaan calon.

Semalam, Safiee turun padang bersama Ahmad Johnie menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Kampung Baru, Daro dan mengadakan program tinjauan mesra di pekan Daro.

Sementara itu, Safiee menyifatka­n saingan calon pembangkan­g bukan cabaran terbesar memastikan kemenangan BN.

Tetapi, cabaran terbesar adalah untuk menggalakk­an orang ramai keluar mengundi.

Justeru, beliau mendedahka­n bahawa pendekatan berkempen mereka adalah lebih ke arah menyeru penduduk di kawasan Parlimen itu keluar mengundi beramai-ramai.

“Ada kebaikan dan keburukan dalam keadaan kurang persaingan barangkali rakyat mengambil mudah kerana beranggapa­n tanpa keluar mengundi BN tetap menang.

“Sebab itu kita menggalakk­an keluar mengundi, jadi kita mohon kepada penduduk supaya menasihati ahli keluarga mereka yang lain agar menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia