Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian tolak jemputan debat Dr Teo kerana kesuntukan masa

-

MIRI: Jemputan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu-isu berkaitan rakyat masa kini yang kemukakan oleh calon PKR Dr Michael Teo semalam ditolak secara baik oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sebastian Ting.

Sebastian ketika ditemui pada Program Jelajah Pendidikan 2018 di Stadium Tertutup Miri di sini semalam berkata, beliau amat berterima kasih dengan pelawaan Dr Teo namun terpaksa memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menunaikan pelawaan beliau.

“Saya amat berterima kasih terhadap pelawaan Dr Teo mahu berdebat secara terbuka dengan saya, bagaimanap­un saya memohon maaf kerana kesuntukan masa untuk berbuat demikian,” katanya.

Menurut Sebastian, ketika ini memenuhi jemputan pengundiny­a adalah lebih penting berbanding jemputan lawan kerana mereka semakin kesuntukan masa untuk berkempen bagi menawan hati pengundi masing-masing.

“Hanya tinggal tujuh hari sahaja untuk saya berkempen dan ketika ini pengundi-pengundi amat memerlukan saya sedangkan masih banyak tempat untuk saya pergi serta undangan perlu saya penuhi,” jelasnya.

Pada sidang media berasingan di pejabat operasi pilihan raya PKR Miri, pasukan PKR Miri mencabar pasukan BN berdebat secara terbuka dalam tempoh kempen hingga 9 Mei ini.

Dr Teo yang juga pengerusi PKR Miri berkata, pasukan mereka bersedia bersemuka dengan parti lawan pada bilabila masa sahaja.

“Bila-bila masa dan dalam apa juga bahasa pasukan kami bersedia. Kami cabar mereka berdebat dalam apa juga isu,” katanya.

Ahli pasukan beliau ialah Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How, Ketua Wanita PKR Voon Shiak Ni dan Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak George Chen.

Dr Teo dan Sebastian bertanding buat kali kedua pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini bagi merebut kerusi Parlimen Miri.

Pertembung­an kali pertama mereka pada PRU13 lalu menyaksika­n Dr Teo mengalahka­n Sebastian dengan majoriti 1,992 undi.

Dr Teo memperoleh­i 26,909 undi manakala Sebastian mendapat 24,917 undi sementara calon Parti Reformasi Sarawak (STAR) Chong Kon Fatt hanya memperoleh­i 306 undi.

 ??  ?? SEBASTIAN TING
SEBASTIAN TING
 ??  ?? DR MICHAEL TEO
DR MICHAEL TEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia