Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka akan menjadi penentu kepada kemenangan BN di kerusi Parlimen P212 Sibu, kata Dr Annuar Rapa’ee

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dan Bawang Assan akan menjadi penentu kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen P212 Sibu.

Sehubungan itu, Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee mahu undi yang diperolehi di keduadua kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, dikekal atau ditambah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

“Untuk itu, kita melaksanak­an program menjejaki pengundi bagi memastikan mereka yang turun mengundi pada PRN yang lepas akan pulang mengundi pada PRU ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Dr Annuar yang juga ADUN Nangka ditemui semasa Program Sarapan Bersama Pemimpin di Dewan MUC, semalam.

Hadir sama ialah calon BN P212 Sibu Datuk Andrew Wong.

Pada PRN lepas, Dr Annuar memperoleh 9,617 undi, sekali gus menang dengan majoriti 7,617 undi menewaskan calon PKR Abdul Raafidin Majidi dan calon STAR Simon Tiong.

Sementara di DUN Bawang Assan, calon BN Dato Sri Wong Soon Koh menang dengan majoriti 4,131 undi selepas mendapat 9,015 undi, menewaskan empat calon lain.

Menurut Dr Annuar, sekiranya jumlah undi kepada BN pada PRN lepas dapat dikekalkan, ini akan dapat mengatasi undi kepada pembangkan­g di kawasan DUN Pelawan.

“PRU ini amat penting dan kita mesti memastikan BN menang. Jika semua keluar

Untuk itu, kita melaksanak­an program menjejaki pengundi bagi memastikan mereka yang turun mengundi pada PRN yang lepas akan pulang mengundi pada

ini. ” PRU Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi

mengundi, kita akan dapat menang PRU ini, khususnya di Parlimen Sibu.

“Cukuplah dua penggal yang lepas kita di bawah pembangkan­g”.

“Saya berjanji akan bekerjasam­a dengan Andrew jika beliau menang untuk memastikan semua kebajikan kita di kawasan Nangka ini dijaga bersama-sama,” jelasnya.

Sementara Andrew ketika berucap pada majlis berharap semua pengundi akan keluar beramai-ramai menunaikan tanggungja­wab pada 9 Mei ini.

Beliau juga akan berusaha mendapatka­n lebih banyak peruntukan daripada kerajaan pusat sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat nanti untuk membangunk­an lagi Parlimen Sibu amnya dan kawasan Nangka khasnya.

“Saya tidak akan mensiasiak­an usaha serta undi anda.

“Sekiranya menang, saya tidak akan lupa sumbangan pengundi dari kawasan ini,” ujarnya lantas disambut tepukan bergemuruh daripada hampir 500 hadirin.

 ??  ?? PENYOKONG: Ahli-ahli Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Dr Annuar (kanan) dan Andrew Wong (tiga kiri).
PENYOKONG: Ahli-ahli Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Dr Annuar (kanan) dan Andrew Wong (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia