Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap negatif dalam budaya politik amat dikutuk: Wong

-

SIBU: Sekretaria­t Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parlimen P211 Lanang mengutuk sikap negatif dalam budaya politik.

Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong berkata, sikap individu tertentu yang bertindak memancitka­n tayar lima kereta pada sesi ceramah Parti Tindakan Demokratik (DAP) malam Ahad lepas adalah satu perkara yang sangat serius.

“Oleh itu, kami di sekretaria­t ini sangat mengutuk perbuatan nakal atau jenayah seperti ini.

“Kami menyeru polis dan pengundi berhati-hati kerana sejak tahun 1963, semua pilihan raya di Sarawak dijalankan dengan aman, jadi kita berharap budaya politik negatif seperti ini tidak akan berlaku di Sarawak.

“Rakyat Sarawak adalah orang yang mempunyai kasih sayang dan kita tidak pernah mengorbank­an kebencian.

“Kita tidak boleh meng- gunakan unsur negatif untuk mencapai matlamat politik kita, termasuk menerusi kebencian dan konfrontas­i,” katanya pada sidang media di pejabat SUPP Cawangan Dudong di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun berjuang untuk menuntut hak Sarawak tetapi tindakan mesti dilakukan secara aman, harmoni dan berlandask­an undang- undang dan ketenteram­an.

Sehubungan itu beliau berkata, Pusat Operasi Konstituen­si P211 Lanang akan meningkatk­an langkah keselamata­n untuk memastikan penyokong dan pengundi menjalanka­n hak demokrasi dengan aman.

“Jawapan kami adalah ini, kami tidak mempunyai cukup wang untuk membayar penerbitan poster, risalah, papan iklan dan sebagainya dan di mana kami mendapat wang tambahan untuk membeli undi seperti tuduhan mereka itu.

“Saya ingin menekankan bahawa kami mengutuk sikap pembelian undi, kami percaya bahawa kami tidak perlu menggunaka­n wang untuk menarik pengundi mengundi kami,” tegasnya dalam menjawab tuduhan yang dibuat DAP yang mengatakan BN- SUPP mula membeli undi rakyat.

Beliau menjelaska­n DAP selalu mengatakan mereka ( DAP) miskin dan tidak mempunyai dana kewangan.

“Tetapi jika kita melihat jumlah papan iklan, poster dan sebagainya, saya fikir mereka jauh berduit berbanding BN-SUPP.

“Dan bagaimana DAP boleh mengatakan bahawa kita (SUPP) kaya dan mereka miskin,” katanya.

“Semua penerbitan ini memerlukan banyak wang jadi dengan kata lain, apa yang dikatakan pemimpin-pemimpin DAP bercanggah dan tidak pasti,” katanya.

 ??  ?? INGINKAN KEAMANAN: Wong (tiga kanan) ketika bercakap kepada pemberita di Sibu, semalam.
INGINKAN KEAMANAN: Wong (tiga kanan) ketika bercakap kepada pemberita di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia