Utusan Borneo (Sarawak)

Irwan berazam bantu tingkat infrastruk­tur asas di Petra Jaya

-

KUCHING: Calon Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor berazam membantu meningkatk­an infrastruk­tur asas sekiranya diberi peluang menawan kerusi Parlimen Petra Jaya.

Menurutnya, penyelesai­an utama ialah mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Matang.

Beliau berkata, masih juga terdapat kawasan-kawasan di Petra Jaya yang masih tidak mendapat bekalan air bersih secukupnya dan masih belum mendapat bekalan elektrik serta masalah jalan-jalan yang tidak berturap.

“Sebagai contoh, saya mencadangk­an jalan utama sepanjang Jalan Matang dijadikan empat lorong dan bukan dua lorong seperti sekarang.

“Banyak rungutan daripada pengguna jalan raya sejak sekian lama ekoran kesesakan yang berlaku. Ia secara tidak langsung akan mengurangk­an produktivi­ti pekerja kerana sering menghadapi tekanan akibat masalah kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah beliau, kini tiada laluan motosikal disediakan dan juga tiada laluan kecemasan disediakan di sepanjang Jalan Matang.

“Ini amat berbahaya terutama kepada penunggang serta pembonceng motosikal kerana mereka terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi,” tegasnya.

Nor Irwan berkata, beliau sudah turun padang sejak lebih setahun yang lalu untuk mendengar masalah dan rintihan rakyat.

Menurutnya, beliau kesal tiada pelan induk pembanguna­n disediakan khusus bagi kawasan Petra Jaya.

“Oleh yang demikian, pelaksanaa­n pembanguna­n tidak dapat diadakan secara tersusun dan ia pastinya akan menyumbang kepada permasalah­an sosioekono­mi masyarakat di Petra Jaya,” katanya.

Beliau berharap akan terus turun padang untuk mendengar rintihan dan keperluan serta masalah rakyat.

 ??  ?? CATU:Penduduk Siol Kandis di Lorong 5 masih menerima bekalan air bersih yang dicatu dari rumah ke rumah melalui tangki biru di kampung mereka.
CATU:Penduduk Siol Kandis di Lorong 5 masih menerima bekalan air bersih yang dicatu dari rumah ke rumah melalui tangki biru di kampung mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia