Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid Darul Khair bakal dibangun dengan konsep teknologi hijau

-

KUCHING: Masjid Darul Khair, Samariang di sini bakal dibangunka­n dengan konsep teknologi hijau kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof.

Mendedahka­n perkara itu, beliau berkata, ia akan dilengkapi dengan sistem solar selain mempunyai pelbagai fungsi untuk kegunaan masyarakat setempat.

Menurutnya, masjid yang dibina di tapak seluas 3.7 ekar itu mampu memuatkan sehingga seramai 1,500 jemaah pada satu masa.

Mengulas lanjut, calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Petra Jaya itu mendedahka­n masjid itu dibina dengan kos berjumlah RM8.5 juta.

Setakat ini katanya, kerja-kerja permulaan seperti menembok tanah sudah dilaksanak­an.

“Kita sudah memulakan kerja awalan iaitu kerja menembok tanah yang mengambil masa lebih kurang setahun dua untuk selesai.

“Sementara itu apabila tabung kutipan wakaf diger- akkan, kita dapat mengumpul dana untuk menambah RM2 juta yang diperuntuk­kan perdana menteri,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Fasa 1 Penambakan Tanah Masjid Darul Khair Samariang di sini semalam.

Difahamkan, peruntukan RM2 juta itu telah disalurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu tinjauan mesra beliau di Kampung Samariang pada April 2016.

Manakala wakaf individu dan syarikat berjumlah RM310,000 diserahkan sewaktu majlis itu bagi menambah dana yang diperlukan yang membangunk­an masjid baharu itu.

 ??  ?? HADIR: Fadillah ketika menghadiri Majlis Perasmian Fasa 1 Penambakan Tanah Masjid Darul Khair Samariang di Kuching semalam.
HADIR: Fadillah ketika menghadiri Majlis Perasmian Fasa 1 Penambakan Tanah Masjid Darul Khair Samariang di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia