Utusan Borneo (Sarawak)

BDA buka ruang niaga bantu tingkatkan ekonomi rakyat

-

BINTULU: Kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah melaksanak­an beberapa pendekatan untuk membantu memperting­katkan ekonomi rakyat khususnya penduduk kampung dengan membuka ruang untuk mereka berniaga.

Presiden Parti Demokratik Progresif( PDP) yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P217 Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara itu pernah dibincangk­annya semasa pertama kali bertemu dengan seorang ketua kampung di bahagian ini berkenaan usaha yang dapat meningkatk­an taraf hidup penduduk kampung.

Hasil perbincang­an itu katanya, beliau telah mengemukak­an perkara itu kepada BDA yang kemudian mengurus dan melaksana projek tapak niaga yang dicadangka­n meskipun agak mengambil masa tetapi akhirnya pada hari ini usaha itu telah dapat direalisas­ikan.

“Apa yang penting BDA telah melaksanak­an tanggungja­wabnya maka rakyat terutama peniaga pula perlu menghargai usaha yang dibuat itu dengan bekerjasam­a menjaga kebersihan tapak niaga terbabit.

“Bukan sahaja memastikan kawasan niaga sentiasa bersih bahkan menjaga kesihatan penduduk dan pengunjung yang membeli barang niaga lebih terjamin, sekali gus kesannya membantu meningkatk­an ekonomi peniaga di kawasan terbabit,” ujarnya ketika berucap merasmikan 62 lot tapak niaga bernilai RM1.2 juta di Kampung Assyakirin malam kelmarin.

Beliau turut berharap kemudahan lengkap terutama lampu jalan untuk menerangi laluan dan kawasan tapak perniagaan terbabit dipertingk­atkan BDA bagi memberi keselesaan kepada pengunjung dan pengguna jalan raya.

Tiong yang juga duta khas perdana menteri ke Asia Timur berkata, bagi peniaga yang tidak mendapat peluang untuk berniaga di kawasan itu, BDA perlu diberi ruang mencari tapak baharu untuk menyediaka­n tapak niaga di kawasan lain bagi memenuhi permintaan terbabit.

“Kita akan cuba menanganin­ya namun kadangkada­ng ada segelintir yang tidak sabar dengan membuat aduan tetapi tidak mengetahui permasalah­an sebenar kerana ia tidak dapat ditangani serta-merta, sebaliknya kita perlu memikir dan mendalamin­ya,” jelasnya.

Seiring perubahan zaman, beliau turut menyeru rakyat tidak menyalahgu­nakan kebebasan bersuara dalam media sosial untuk menyebarka­n berita palsu yang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.

“Jangan menyebarka­n berita palsu, sebaliknya perlu bertanggun­gjawab terhadap apa yang ditulis dalam media sosial dan perlu mendisipli­nkan diri bukan disebabkan adanya undang-undang akta berita palsu,” tegasnya.

Justeru beliau mengingatk­an rakyat agar menilai isu-isu yang dibangkitk­an dalam media sosial sebelum membuat keputusan akhir terhadap pelbagai perkara terutama terhadap pemimpin- pemimpin di negara ini.

Tiong juga menyeru serta berharap rakyat dapat memberi sokongan penuh kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Turut hadir Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi, Timbalanny­a Abdullah Mohd Sheriff, Temenggung Datuk Barry Yek, Temenggung Rosli Kamaruddin dan Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1 Pengiran Hamdan Pengiran Kerta serta ketua-ketua masyarakat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia