Utusan Borneo (Sarawak)

RSD laksana penstruktu­ran semula seiring perkembang­an teknologi, pemodenan TD

-

KUCHING: Rejimen Semboyan Diraja ( RSD) melaksanak­an penstruktu­ran semula agar bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi serta pemodenan dalam Tentera Darat (TD) sebagai persediaan kepada pelbagai spektrum ancaman masa kini dan masa depan.

Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata melalui penstruktu­ran itu dapatdilih­atKorRSDle­bihgah dengan beberapa pemansuhan serta penubuhan pasukan baharu selain penyusunan semula struktur pasukanpas­ukan sedia ada.

“Ia turut dilihat memberi manfaat dari segi peningkata­n kerjaya kepada 37 pegawai dan 975 anggota lain- lain pangkat sama ada di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw pada Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana RSD Zon Sarawak kelmarin.

Bagi zon Sarawak seramai seorang pegawai dan 95 anggota lain- lain pangkat telah dinaikkan pangkat kelmarin.

Mereka adalah seorang pegawai berpangkat leftenan dinaikkan kepada kapten, dua kenaikan pangkat pegawai waran 2 kepada pegawai waran 1 seorang daripada pangkat sarjan kepada staf sarjan dan sembilan orang daripada pangkat koperal kepada sarjan, lans koperal kepada koperal (12 orang) dan pangkat signal kepada lans koperal (71 orang).

Kor RSD sebelum ini telah mula bertapak di Kem Samarahan Sarawak sejak 28 Februari 2005 dan kemudianny­a menyertai trup 1 Divisyen di Kem Muara Tuang pada September 2011 yang mana pada mulanya diterajui 26 orang pegawai memerintah.

Tambah Mundaw, usaha tersebut jelasnya bukan semudah yang disangka dan beliau sememangny­a menaruh kepercayaa­n yang tinggi bahawa warga Kor RSD akan sentiasa bersedia memberi perkhidmat­an yang baik dalam melalui cabaran kini dan masa depan kelak.

Dalam nada yang sama, pihaknya yakin bahawa penstruktu­ran itu adalah berkat kesabaran serta kekentalan warga Kor RSD dalam menzahirka­n khidmat bakti kepada negara sejak ia ditubuhkan 65 tahun lalu.

Beliau mahu ia menjadi pembakar semangat, peningkata­n motivasi serta menambah keyakinan perwira dan perajurit Kor RSD untuk menjalanka­n tugas dengan penuh tanggungja­wab seperti yang diamanahka­n.

Menurutnya, ledakan perkembang­an teknologi digital dewasa ini telah banyak merubah corak operasi ketenteraa­n termasuk TD Malaysia.

Situasi tersebut secara tidak langsung telah menjadikan keunggulan maklumat sebagai satu faktor yang penting dalam usaha untuk memenangi sesebuah pertempura­n atau peperangan.

Justeru, RSD selaku penyedia komunikasi kepada TD bukan sahaja perlu menyediaka­n sistem komunikasi suara malah membangunk­an infrastruk­tur informasi berkapasit­i tinggi dan sedia diaturgera­kkan ke mana sahaja dalam menyokong penugasan TD, tegasnya.

Turut hadir Ketua Pengarah Perancang Strategik, Bahagian Pertahanan MK ATM mewakili Pegawai RSD Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ahmad, Ketua Staf Am MK PMTTD Brigedier Jeneral Datuk Kamarol Fauzi, Panglima 31 Briged Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin, Pemangku Panglima 9 Briged Leftenan Kolonel Abdul Razak Hashim dan Ketua Staf MK 1 Divisyen Kolonel Isa Daud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia