Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita penting dalam keluarga, menyumbang kepada peningkata­n ekonomi

-

KUCHING: W a n i t a merupakan golongan yang penting dalam sesebuah keluarga malah turut memberi sumbangan yang besar kepada peningkata­n ekonomi negara.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri semasa menyempurn­akan Majlis Jom Zumba Sihat anjuran Persekutua­n Perkumpula­n Wanita Sarawak (PPWS) dan SABERKAS di pekarangan Padang Sentral Simunjan, baru-baru ini.

Menurutnya, peranan wanita bukanlah sekadar menjadi ibu dan isteri bahkan memberi impak yang besar kepada pembanguna­n sesebuah masyarakat atau negara.

“Wanita adalah sumber inspirasi dan sebaik- baik wanita adalah mereka yang bijakberdi­karidanmem­punyai sumber pendapatan sendiri dalam memajukan diri malah membantu meningkatk­an pendapatan keluarga mereka.

“Tiada lagi istilah wanita hanya di dapur malah golongn wanita pada masa kini memerlukan mereka berfikiran secara matang dan menyahut dasardasar kerajaan dalam mengetenga­hkan kepentinga­n wanita,” katanya.

Beliau berkata, program yang dianjurkan adalah satu usaha mengumpul golongan wanita daripada pelbagai persatuan dan kumpulan bagi berkongsi maklumat dan pendapat di samping beriadah.

Menurut Nancy, wanita juga memainkan peranan sebagai ejen perubahan dan penyatuan rakyat apabila wanita dijadikan sumber inspirasi bukan sahaja kepada anak- anak, keluarga dan masyarakat malah kepada negara.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa banyak impak positif yang telah dibawa melalui program wanita termasuk peningkata­n ilmu dan pengetahua­n mereka daripada pelbagai sudut.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan Awla Dris berkata manifesto Barisan Nasional Sarawak juga mengiktira­f peranan wanita sebagai rakan kongsi dalam membangunk­an negara dan membantu menjana peluang perniagaan kepada golongan belia, wanita dan usahawan melalui ekonomi digital.

Pada masa sama, Nancy turut melancarka­n koleksi lagu-lagu yang pernah beliau dendangkan dan sering dinyanyika­n terutama dalam majlis- majlis yang beliau hadiri.

 ??  ?? KOLEKSI: Nancy menyerahka­n cakera padat kepada Awla sebagai simbolik pelancaran koleksi lagulagu yang pernah beliau dendangkan dalam Majlis Jom Zumba Sihat di Simunjan, baru-baru ini.
KOLEKSI: Nancy menyerahka­n cakera padat kepada Awla sebagai simbolik pelancaran koleksi lagulagu yang pernah beliau dendangkan dalam Majlis Jom Zumba Sihat di Simunjan, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia