Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan menitik berat pendidikan melalui semua pembuatan dasar

-

MUKAH: Kerajaan amat menitikber­atkan pendidikan melalui semua pembuatan dasar serta bantuan yang dihulurkan kepada rakyat.

Menteri Kebajikan, Keejahtera­an Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bantuan diberikan kepada pelajar di semua peringkat hampir tidak dapat disenaraik­an.

“S e b u t s a h a j a d i peringkat tadika, sekolah rendah, menengah dan sebagainya semua kerajaan berikan bantuan untuk pendidikan,” katanya pada Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di Dewan Masyarakat Dalat di sini petang kelmarin.

Menurutnya, ia adalah tanda bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pemerintah pada masa sekarang amat menitikber­atkan pendidikan.

“Kerajaan BN amat mengutamak­an kualiti pendidikan terutama untuk generasi pada masa depan,” jelasnya.

Malah, beliau sendiri di peringkat DUN Dalat turut mempunyai inisiatif memberi bantuan kepada pelajar di kawasan itu yang melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi seperti ke institut pengajian tinggi atau kolej.

Fatimah berkata, ini adalah satu bentuk bantuan yang amat berguna dalam merubah taraf pendidikan ke arah lebih cemerlang pada masa depan.

“Malah, daerah Dalat telah mencapai kecemerlan­gan terbaik dalam beberapa keputusan peperiksaa­n awam sejak beberapa tahun kebelakang­an ini,” jelasnya.

Justeru, beliau menyeru penduduk membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini demi kesinambun­gan dasar serta bantuan pendidikan pada masa depan.

Pada majlis itu, seramai 265 pelajar sekitar Dalat merangkumi 17 Sekolah Kebangsaan ( SK) dan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) menerima baucar yang setiap satunya bernilai RM200.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (tiga kanan) menyampaik­an baucar bantuan Yayasan Sarawak kepada pelajar di Dalat kelmarin.
TERIMALAH: Fatimah (tiga kanan) menyampaik­an baucar bantuan Yayasan Sarawak kepada pelajar di Dalat kelmarin.
 ??  ?? TANDA PENGHARGAA­N: Wakil jawatankua­sa penganjur menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong.
TANDA PENGHARGAA­N: Wakil jawatankua­sa penganjur menyampaik­an cenderamat­a kepada Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia