Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Senadin fokus melahirkan usahawan muda selepas PRU14

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Senadin memfokus kepada pembanguna­n usahawan muda selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini dalam usaha merancakka­n sektor perniagaan dan ekonomi di sini.

Pengerusin­ya Kaunselor Keith Chin berkata usaha itu memperluas jalinan kerjasama dengan negara-negara rantau Asia termasuk Brunei dan China.

“Selepas PRU14, kita memfokus menggalakk­an lebih ramai golongan muda membantu menghidupk­an ekonomi dan perniagaan di sini.

“Kita berharap dapat menjalin hubungan kukuh dengan China dan Brunei, khasnya usahawan-usahawan muda dari pelbagai negara ASEAN,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tritahunan UPP Senadin di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, usaha itu menyahut seruan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n merangkap Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh yang mahu kerjasama lebih luas dalam perniagaan khasnya di negara Asia.

Katanya, selain membantu memantapka­n ekonomi ia juga dapat menarik pelaburan baharu ke Miri.

“Melihat kepada kemerosota­n industri minyak dan gas serta kelapa sawit, kita harus menetapkan matlamat memastikan sektor perniagaan di Miri terus hidup dan maju,” jelasnya.

Mengenai PRU14, UPP Senadin membantu berkempen memastikan calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting menang.

“Usaha termasuk menggalakk­an semua pengundi di sini menunaikan tanggungja­wab mereka mengundi pada 9 Mei ini,” katanya.

Keith dan ahli-ahli jawatankua­sanya kekal menerajui UPP Senadin untuk penggal 2018-2021.

Parti itu beroperasi di pejabatnya di Bandar Baharu Permyjaya sejak Jun 2017 dan kini dianggotai 480 ahli.

Keith berterima kasih kepada ahli dan penyokong sepanjang penubuhan jawatankua­sa penggal pertama 2015 hingga 2018.

Beliau memberitah­u, banyak pengalaman diperolehi semasa terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2016.

“Kita akan terus merekrut ahli dan menjadikan UPP relevan untuk penduduk Senadin dan bandar raya Miri,” jelasnya.

 ??  ?? MESYUARAT: Keith (tengah) bersama ahli UPP Senadin pada mesyuarat berkenaan baru-baru ini.
MESYUARAT: Keith (tengah) bersama ahli UPP Senadin pada mesyuarat berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia