Utusan Borneo (Sarawak)

Perang poster sudah bermula di bandar raya Kuching

-

KUCHING: Setiap kali pilihan raya sama ada Pilihan Raya Umum ( PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak terkecuali daripada perang poster parti-parti yang bertanding.

Tinjauan Utusan Borneo di sekitar bandar raya Kuching semalam mendapati sebahagian daripada kawasan Parlimen sudah meriah dengan kibaran bendera parti bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkan­g.

Di Petra Jaya kemeriahan kibaran bendera, kain rentang dan poster-poster parti didominasi oleh BN, yang bukan sahaja memaparkan poster calonnya Datuk Seri Fadillah Yusof tetapi poster pemimpin tertinggi negeri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu tidak kurang juga poster calon serta bendera parti daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kelihatan membarisi jalan ke Satok dan Matang Jaya.

Di Parlimen Petra Jaya menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Fadillah (BN) dengan Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor (PKR) dan Hamdan Sani (PAS).

Sementara itu di kawasan Parlimen Bandar Kuching, poster mahupun bendera parti yang digantung ternyata hampir sama banyaknya daripada kedua-dua parti.

Parlimen Kuching yang kedua-duanya menampilka­n muka baharu menyaksika­n pertanding­an antara calon BN Kho Teck Wan menentang Dr Kelvin Yii (DAP).

Kemeriahan perang poster di bandar raya Kuching juga tidak kurang hebatnya yang hampir kesemua jalan sudah mulai dibarisi dengan bendera parti masing-masing.

Begitu juga bulatan yang telah didirikan dengan poster besar calon DAP dan calon BN.

Di Stampin, suasana kemeriahan perang poster telah lama bermula dan menyaksika­n kebanyakan poster, bendera dan kain rentang BN sudah mulai memenuhi sebahagian jalan.

Kebanyakan poster besar calon BN Datu Dr Sim Kui Hian juga didirikan di sebahagian kawasan di bawah Parlimen Stampin.

Tidak ketiggalan bagi pihak lawannya, Chong Chieng Jen yang menentang beliau pada PRU14, juga telah banyak poster digantung.

Di sepanjang Jalan Batu Kawa, banyak bendera dan poster oleh kedua-dua parti yang digantung bagi memeriahka­n serta menarik pengundi.

Bahkan ada juga sebahagian daripada rumah kedai dan bangunan komersial sudah mulai dimeriahka­n dengan kain rentang serta poster calon selain bendera parti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia