Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat Iban, Orang Ulu di Bakong, Marudi ikrar sokong BN

-

MARUDI: Ketua masyarakat kaum Iban dan Orang Ulu sekitar Bakong dan Marudi berikrar berdiri teguh di belakang calon Barisan Nasional (BN) Baram, Anyi Ngau pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Penghulu Buan Gelunggan, 66, dari Sungai Malang Tengah berkata beliau meminta pengundi di bawah jagaannya di Bakong Hilir memberi sokongan tidak berbelah bahagi memastikan kemenangan BN dan Anyi.

“Kita tahu hanya kerajaan BN menerusi wakil rakyat dapat membawa pembanguna­n dan kestabilan politik khususnya di kawasan Bakong.

“Janganlah kita sia-siakan undi dengan menyokong pihak tidak mempunyai rekod dapat membangunk­an rakyat,” kata Penghulu Buan yang merupakan ahli kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Marudi ketika ditemui di sini semalam.

Ketua masyarakat Orang Ulu Penghulu Patrick Jeleman, 60, dari Long Jegan turut menyeru masyarakat Berawan, Kayan dan Kenyah menyokong Anyi untuk terus menjadi Ahli Parlimen Baram.

“Tidak ada parti lain benarbenar menjaga dan membela Orang Ulu selain BN. Justeru, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata pembangkan­g yang hanya pandai menabur janji,” katanya.

Turut menyatakan sokongan kepada Anyi ialah Pemanca Enggah Nuga dari Ulu Teru, Penghulu Kalang Amie, Penghulu Nyadang Rengkang, Penghulu Benang Pilang dan Kaunselor Jau Eng Aren.

“Kami mahu Anyi menang majoriti besar kali ini dan BN diberikan mandat besar untuk terus membawa kawasan Baram khususnya Marudi terus membangun,” katanya.

Mereka berpendapa­t satu contoh terbukti kerajaan BN berkesan ialah pembanguna­n pesat apabila Datu Dr Penguang Manggil menang di konstituen­si Marudi.

 ??  ?? HANYA BN: (Dari kiri ke kanan) Pemanca Enggah Nuga, Penghulu Kalang Amie, Penghulu Nyadang Rengkang, Penghulu Benang Pilang dan Kaunselor Jau Eng Aren.
HANYA BN: (Dari kiri ke kanan) Pemanca Enggah Nuga, Penghulu Kalang Amie, Penghulu Nyadang Rengkang, Penghulu Benang Pilang dan Kaunselor Jau Eng Aren.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia