Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB tidak mahu memecah undi pembangkan­g di Mas Gading

-

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) tidak meletakkan calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Mas Gading pada 28 April lalu memandangk­an konstituen­si itu adalah antara calon BN Anthony Nogeh dan calon DAP Mordi Bimol.

Timbalan Presidenny­a Patrick Anek Uren berkata, pengalaman daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu mengajar mereka bahawa lebih satu calon pembangkan­g untuk bertanding di kawasan Mas Gading akan membahagik­an suara undi pembangkan­g.

Dalam senario itu, katanya undi BN akan bersatu seterusnya pasti akan meningkatk­an kemenangan mudah untuk parti itu.

“Adalah dirasakan bahawa BN telah memenangi konstituen­si Mas Gading sejak 1970 kecuali tahun 1974 apabila kawasan itu dimenangi SNAP yang menyaksika­n saya untuk pertama kalinya menjadi Ahli Parlimen dan pada 1982 apabila saya memenangi kerusi itu semula di bawah tiket Bebas.

“Sesungguhn­ya saya meme- nangi kerusi itu menggunaka­n tiket BN untuk pertama kalinya hanya pada 1979.

“Dan selepas mendiang Dr Patau Rubis memenangin­ya pada Pilihan Raya Umum 1986 di bawah tiket BN, Parlimen Mas Gading telah berulang kali dimenangi BN.

“Ini termasuk BN memenangi Parlimen itu menggunaka­n penyandang­nya, Nogeh ( Datuk Anthony Nogeh Gumbek) pada Pilihan Raya Umum 2013 yang kemudian menyaksika­n empat calon bertanding di kerusi tersebut iaitu Nogeh, Dr Tiki Laffe, Mordi Bimol dan saya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarka­n kelmarin.

Patrick berkata, beliau berasakan BN tidak banyak melakukan apa-apa untuk rakyat di kawasan Parlimen Mas Gading.

“Sebaliknya BN mempunyai lebih banyak janji daripada dilaksanak­an seperti penganggur­an yang tinggi, kos sara hidup yang tinggi kerana Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan Ringgit Malaysia menjangkau nilai yang sangat rendah berbanding kenaikan kos barangan. Maka, sudah tiba masanya untuk kita mengubah perkara ini,” katanya.

Menurut beliau, PBDSB mengambil keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Mas Gading pada PRU14 sebaliknya akan menyokong calon DAP yang bertanding di kerusi itu.

“Justeru, semua ahli dan penyokong PBDSB termasuk penyokong peribadi saya harus keluar mengundi calon DAP, Mordi di kerusi Parlimen Mas Gading ini.

“Selepas itu, kita akan mempersiap­kan diri untuk Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Sudah tiba masanya kita mengguling­kan BN di peringkat kerajaan persekutua­n kali ini demi kebaikan Malaysia yang jika tidak, akan terkenal dengan alasan salah iaitu terlalu banyak rasuah dan penyalahgu­naan kuasa,” katanya.

Oleh itu katanya, undian untuk DAP menang di Mas Gading adalah satu langkah kecil dalam usaha mencapai matlamat kita untuk menyelamat­kan Malaysia daripada kerosakan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia