Utusan Borneo (Sarawak)

Lee, Ganesh datang ke negeri ini untuk sokong Datuk Seri Nancy Shukri

- Oleh Rusnan Mustafa

SIMUNJAN: Keunikan suasana pilihan raya di negeri ini menjadi dorongan dua orang luar dari tanah Semenanjun­g Malaysia sanggup datang ‘berambeh’ ke Parlimen Batang Sadong.

Mereka, Ketua Pegawai Eksekutif Genovasi Malaysia Sdn Bhd Datuk Lee Yew Meng dan Duta Belia Transforma­si Negara 2050 (TN50) Ganesh Muren datang ke negeri ini sejak 27 April lalu untuk memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nancy Shukri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Saya datang ke sini khasnya untuk memberi sokongan kepada Nancy kerana beliau seorang pemimpin yang sangat berbeza dan bertanggun­gjawab sepanjang menjalanka­n tugas sebagai menteri,” kata Lee ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau memberitah­u sejak kali pertama bertemu dengan Nancy selepas dilantik menjadi menteri bertanggun­gjawab menjaga inovasi, beliau bertanyaka­n banyak soalan bagi membantu jabatan dan agensi di bawah tanggungja­wab beliau.

“Beliau benar-benar ingin melakukan sesuatu untuk melakukan pembaharua­n dalam usaha kita mempromosi­kan pemikiran kreatif yang mana ia adalah usaha kita melahirkan modal insan yang berfikiran kreatif di negara ini.

“Sebab inilah saya sanggup datang ke Simunjan membantu beliau berkempen,” katanya sambil menambah, beliau teruja melihat sokongan padu rakyat kepada BN.

Malah tegasnya, pandangan rakyat terhadap BN juga amat berbeza berbanding di Semenanjun­g Malaysia yang mana di sini rakyatnya memandang hormat kepada setiap wakil BN.

“Saya gembira dapat datang ke sini membantu beliau, ia sesuatu yang sangat berbeza sekali,” tambahnya.

Sementara itu, Ganesh

Saya datang ke sini khasnya untuk memberi sokongan kepada Nancy kerana beliau seorang pemimpin yang sangat berbeza dan bertanggun­gjawab sepanjang menjalanka­n tugas sebagai menteri. Datuk Lee Yew Meng Ketua Pegawai Eksekutif Genovasi Malaysia Sdn Bhd

berkata pemikiran Nancy yang jauh ke hadapan selari dengan TN50 menjadi tarikan kepadanya untuk datang ke kawasan itu.

“Cara dan inisiatif beliau selari dengan TN50 ini, pemikirann­ya memang jauh ke hadapan.

“Saya percaya bahawa beliau bukan sahaja seorang wakil rakyat untuk Batang Sadong tetapi untuk seluruh Malaysia,” ujarnya.

 ??  ?? GANESH
GANESH
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia