Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan SPP di Lanang, Sibu bukan untuk mengacau: Priscilla

-

MIRI: Pengundi di Baram khususnya Orang Ulu diingatkan agar tidak menjadikan kempen pilihan raya umum kali ini sebagai medan untuk mencaci sesama sendiri, sebaliknya fokus dengan manifesto masing-masing.

Ketua Masyarakat Orang Ulu Baram Temenggung Elizabeth Deng berkata, parti yang bertanding perlu menumpukan perjuangan dan apa yang dapat dilakukan kepada rakyat sekiranya menang dalam pilihan raya.

“Sebagai ketua masyarakat, saya mahu lihat pilihan raya yang adil, kurang provokasi dan serangan peribadi terhadap calon atau individu tertentu.

“Begitu juga dengan calon Barisan Nasional ( BN), mereka patut menekankan usaha dan rekod cemerlang untuk membawa lebih banyak pembanguna­n dan kestabilan di negara,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Elizabeth menambah, pertanding­an antara calon BN Anyi Ngau dan calon PKR Roland Engan tidak lebih daripada kekeluarga­an, antara bapa saudara dan anak saudara yang berasal dari kampung yang sama di Ulu Baram.

Beliau turut mengingatk­an agar tidak menyebarka­n berita atau isu yang tidak benar di kampung-kampung di pedalaman Baram kerana mereka cenderung mempercaya­i tanpa usul periksa.

“Secara peribadi, saya nasihatkan pengundi di Baram tidak perlu terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak pasti.

“Sebaliknya percayalah dengan polisi dan prestasi kerajaan sekarang,” katanya.

Tokoh wanita Kayan dari Long Laput itu menambah, jangan kerana tersalah pilih kerajaan rakyat akan menderita lima tahun akan datang, seperti yang berlaku pada masa lalu.

“Masyarakat luar bandar masih memerlukan banyak pembanguna­n termasuk infrastruk­tur dan kemudahan lain.

“Justeru kita memerlukan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang begitu komited dan serius untuk membangunk­an Sarawak khususnya kawasan Baram,” tegasnya.

Elizabeth menambah, rakyat perlu memberi peluang kepada Abang Johari membuktika­n dan menjayakan visi transforma­si digital dan pembanguna­n yang menyeluruh.

Mengenai Baram, beliau percaya Pasukan Baram yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan Anyi Ngau ( jika menang) akan merancakka­n pembanguna­n di Baram.

“Dengan jaminan ketua menteri dan matlamat kuat bersama Pasukan Baram, saya optimis kita akan dapat menyaksika­n banyak pembanguna­n khususnya melalui Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA),” katanya sambil menambah, menjadi harapan rakyat Baram untuk memastikan mereka tidak ketinggala­n. SIBU: Calon Sarawak Peace Party (SPP) Parlimen Lanang Priscilla Lau menegaskan bahawa pendirian parti berkenaan bertanding di keduadua kerusi Parlimen Lanang dan Sibu bukan bertujuan untuk ‘kacau-kacau’.

Menurut Priscilla, mereka bukan sahaja digelar pengacau oleh sesetangah pihak, malah turut menerima kecaman bahawa parti itu adalah proBarisan Nasional (BN) dan dibayar BN untuk memecah undi serta pelbagai gelaran negatif lain.

“Jadi saya mahu menjelaska­n bahawa kami di sini (bertanding) bukan untuk kacau-kacau, bukan untuk memecah undi, kami juga bukan pro-BN dan kami tidak dibayar oleh mereka.

“Kami bertanding pada PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) ini kerana kami sangat sayangkan Sarawak.

“Kami sanggup mengorbank­an wang ringgit dan reputasi kami semata-mata untuk meletakkan Sarawak sebagai keutamaan kami, jadi kami akan terus memperjuan­gkan Sarawak,” jelasnya pada sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama calon SPP Parlimen Sibu Jamie Tiew dan Pengerusi Pilihan Raya SPP Moh Hiong King.

Beliau menambah, banyak pihak memandang sinis ter- hadap mereka dengan mengatakan mereka harus berasa malu dengan diri sendiri.

“Kami bukan pengkhiana­t kepada Sarawak. Kami adalah satu-satunya yang meletakkan Sarawak sebagai keutamaan. Tiada yang lain meletakkan Sarawak sebagai keutamaan.

“Jadi siapa yang harus malu? Kami percaya orang yang perlu malu adalah orang yang mengatakan ‘Sarawak boleh tunggu. Kami perlu selamatkan Malaysia terlebih dahulu!’,” tegas beliau.

Justeru, atas sebab itu rakyat di negeri ini tidak harus memberi mandat kepada BN dan Pakatan Harapan pada PRU14 dalam memperjuan­gkan hak Sarawak, ujarnya.

 ??  ?? UNDI KAMI: (Dari kiri) Priscilla, Moh dan Jamie pada sidang media kelmarin.
UNDI KAMI: (Dari kiri) Priscilla, Moh dan Jamie pada sidang media kelmarin.
 ??  ?? MORDI
MORDI
 ??  ?? ELIZABETH
ELIZABETH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia