Utusan Borneo (Sarawak)

Mordi menafikan dirinya diperguna DAP

-

KUCHING: Calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Mas Gading Mordi Bimol menafikan dipergunak­an parti tersebut yang dilabel sebagai parti Cina.

Tegas Mordi, perjuangan­nya dalam DAP bukan untuk kepentinga­n parti semata-mata tetapi atas tanggungja­wabnya kepada rakyat khususnya di Mas Gading.

“Saya sering diijolok kononnya saya dipergunak­an DAP tetapi bagi saya tidak kira parti mana, jika saya gagal menetapkan objektif perjuangan, saya tetap akan gagal.

“Sebab itu saya masih berta- han sampai hari ini meskipun pernah tewas di kerusi ini pada pilihan raya sebelum ini,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mordi yang juga ketua pemuda DAP Sarawak menambah, walaupun undian meningkat namun DAP masih belum berjaya merampas kerusi yang menjadi kubu Barisan Nasional (BN) ini.

Bagaimanap­un menurut Mordi kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat untuk cuba sekali lagi pada PRU14 ini.

“Pucuk kepimpinan DAP sekali lagi memberi kepercayaa­n kepada saya untuk mencabar pencabar lain di kerusi Mas Gading.

“Saya percaya bahawa Mas Gading adalah antara medan pertempura­n yang agak luar biasa kali ini dan kunci perubahan bagi kawasan luar bandar yang lain,” kata Mordi.

Mordi dalam pada itu berharap pengundi di Mas Gading akan memberikan diri mereka satu peluang untuk perubahan.

Katanya undilah untuk perubahan, untuk hari esok yang lebih baik bagi kita semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia