Utusan Borneo (Sarawak)

Program Gotong-Royong Perdana pada 5 Mei

-

BINTULU: Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (PBB) sebagai koordinato­r program menyelaras Gotong-Royong Perdana 2018 secara besar-besaran melibatkan kerja-kerja pembersiha­n kampuang dan taman perumahan di sini.

Program bertemakan ‘Besegaleh Mebersi Qapong’ itu diadakan pada 5 Mei (Sabtu) mulai jam 7 pagi melibatkan pembersiha­n kawasan Kam- pung Sinong, Kampung Masjid, Kampung Datuk, Sebiew, Baru Darat, Baru Tengah, Baru Laut, Kemunting dan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew.

Setakat ini 20 persatuan, pertubuhan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung mengesahka­n menyertai program itu.

Keseluruha­n peserta terlibat seramai 439 orang. LAWAS: Keadaan cuaca tidak menentu di Lawas ketika ini tidak menghalang jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bergerak melaksanak­an kempen di bahagian Ba’Kelalan.

Calon PKR yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lawas Danny Piri ketika dihubungi berkata, beliau bersama jentera parti menggerakk­an kempen dan ‘ walkabout’ bermula pagi Ahad lalu.

“Jentera memulakan kempen di bahagian Ba’Kelalan dahulu dengan cuba melawat ke semua kampung dan berjumpa dengan masyarakat di sana.

“Usaha seperti ini akan memberi peluang kepada penduduk di kawasan hulu untuk tahu lebih mendalam mengenai manifesto kami bagi kawasan Lawas khususnya,” katanya.

Danny berkata, pada program berjumpa rakyat itu, beliau turut memberi peluang kepada sesi soal jawab bersama penduduk setempat.

“Untuk walkabout hari ini (kelmarin) kami cuba melawat lebih 10 kampung.

“Selain itu, untuk aktiviti walkabout di pekan Lawas akan dijalankan pada Sabtu dan Ahad kelak,” katanya.

Danny, 39, pertama kali dicalonkan bagi mewakili PKR untuk bertanding di kerusi Parlimen Lawas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Bagi kerusi tersebut, Danny bersemuka dengan bekas penyandang­nya Datuk Henry Sum Agong daripada Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas Mohamad Brahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia