Utusan Borneo (Sarawak)

Hadiah untuk pekerja bukan janji kosong tetapi bukti k’jaan prihatin

-

KUALA LUMPUR: Pengumuman lima ‘hadiah’ bagi mengiktira­f dan menghargai sumbangan pekerja sektor awam dan swasta dalam ekonomi dan pembanguna­n negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya janji politik, sebaliknya merupakan satu realiti keprihatin­an kerajaan menjaga kebajikan golongan pekerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata hasrat kerajaan untuk meningkatk­an peluang pekerjaan kepada tiga juta boleh menjadi kenyataan sekiranya rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Janji perdana menteri tadi bukan janji politik atau kosong. Ini adalah janji kerajaan prihatin. Kita sendiri lihat hasrat perdana menteri untuk menyediaka­n peluang pekerjaan. Inilah yang juga diimpikan oleh golongan muda dalam negara kita.

“Tidak kira peringkat mana mereka belajar, sama ada diploma, ijazah, sarjana, PhD atau sijil latihan, mereka tidak mahu dipinggirk­an dan mahu pekerjaan disediakan untuk mereka. Itulah yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan Hari Pekerja 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Sambutan pada tahun ini yang bertemakan ‘Pekerja Berkemahir­an, Peneraju Kecemerlan­gan Negara’ dihadiri lebih 10,000 majikan, kesatuan- kesatuan sekerja dan pekerja.

Azih turut menyifatka­n inisiatif-inisiatif yang diumumkan Najib itu adalah adil kepada pekerja swasta berikutan pengumuman cuti paterniti sekurang-kurangnya tiga hari kepada para suami.

“Ini adalah satu permulaan kerana sudah tentu di peringkat swasta ada persatuan majikan yang hanya melihat pada soal untung. Jadi, kerajaan sentiasa berunding atau perjanjian bersama perlu dilihat semula. Kita tidak mahu wujud jurang yang terlalu jauh serta melahirkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja di negara ini.

“Kita boleh lihat sendiri perdana menteri mengumumka­n beberapa pakej baharu untuk pekerja swasta yang jelas memperliha­tkan kerajaan memang prihatin dan mencari jalan untuk merapatkan jurang kebajikan antara pekerja sektor swasta dan awam,” katanya.

Beliau berkata golongan pekerja juga perlu bersungguh- sungguh untuk meningkatk­an produktivi­ti bagi menaikkan nama Malaysia dari segi penarafan di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ( MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor berkata Najib merupakan satu-sat- unya perdana menteri yang bukan hanya mendengar isu berkaitan gaji minimum tetapi turut mewujudkan Perintah Gaji Minimun 2016.

“Akta itu boleh dikaji setiap dua tahun berhubung gaji minimum. Ini jelas menunjukka­n tanggungja­wab beliau sebagai perdana menteri yang sentiasa mendengar nadi rakyat dan ingin meningkatk­an keupayaan modal insan.

“Orang juga mungkin lihat pengumumam cuti tiga hari paterniti satu perkara kecil, tetapi ia merupakan satu pengiktira­fan yang akan dinikmati oleh semua pekerja. Setiap kali MTUC memperjuan­gkan hak pekerja, hanya PM Najib yang telah memenuhi hasrat kita sebanyak 90 peratus,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Najib ( tengah) bersama sebahagian 7000 hadirin melambaika­n tangan pada Sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Najib ( tengah) bersama sebahagian 7000 hadirin melambaika­n tangan pada Sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia