Utusan Borneo (Sarawak)

Potong gambar pemimpin daripada poster tidak wajar Hishammudd­in berpendapa­t masih ada cara lain lebih berhemah

-

KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein semalam menyifatka­n tindakan memotong gambar seorang pemimpin pembangkan­g pada papan iklan kempen sebagai tidak wajar.

Beliau berkata biarpun papan iklan itu didapati menyalahi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan namun masih terdapat cara yang lebih berhemah yang boleh dilaksanak­an ( bagi menanganin­ya).

“Saya pun tidak suka dan setuju. Saya tidak tahu pihak mana, sama ada pihak berkuat kuasa tempatan ke atau pihak Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang memotong gambar tetapi tidak kira pemimpin mereka atau pemimpin kita, walaupun melanggar undang-undang atau peraturan, saya rasa tindakan itu tidak wajar.

Kalau sepanduk tidak sesuai turunkan sepanduk itu. Hendak potong-potong muka, wajah, saya rasa bukan perkara yang saya secara

setuju.” peribadi Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Naib Presiden UMNO

“Kalau sepanduk tidak sesuai turunkan sepanduk itu. Hendak potong-potong muka, wajah, saya rasa bukan perkara yang saya secara peribadi setuju,” kata beliau kepada pemberita pada program Sesi Santai bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Berasau, Kahang, di sini.

Hishammudd­in, yang juga penyandang kerusi Parlimen Sembrong itu diminta mengulas mengenai penularan sebuah video di laman sosial yang menunjukka­n tindakan seorang lelaki dipercayai dari pihak berkuasa memotong wajah Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sebuah papan iklan kempen pilihan raya di Ayer Hitam.

Hishammudd­in, yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-tugas Khas itu berkata semua pihak harus mengambil perhatian mengenai perkara terbabit agar tidak berlaku lagi pada masa mendatang.

SPR sebelum ini menggarisk­an hanya gambar Presiden dan Timbalan Presiden parti sahaja boleh digunakan untuk bahan kempen pilihan raya manakala individu-individu lain tidak dibenarkan.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata kemenangan PAS ke atas kes saman terhadap Sarawak Report kelmarin menjadi pengajaran kepada mana- mana pihak agar meneliti dan mengkaji sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum melontarka­n sebarang dakwaan.

“Itu merupakan proses biasa kerana sesiapa yang dituduh mesti membersihk­an nama masing-masing sama ada ia memerlukan penghakima­n di luar negara atau tidak...kerana siapa pihak luar ini (Sarawak Report) hendak kata macam-macam kepada negara kita?

“Kita ada demokrasi dan negara kita sudah merdeka, berdaulat. Jangan benarkan pihak luar cuba untuk menentukan suasana landskap politik kita,” katanya.

Mengulas mengenai lawatan beliau semalam, Hishammudd­in berkata hubungan kerajaan BN dengan masyarakat Orang Asli bukan berbentuk bermusim kerana banyak perancanga­n yang telah dan akan dibuat demi masa depan golongan itu.

Perancanga­n-perancanga­n itu termasuk yang termaktub dalam manifesto BN, antaranya menurunkan kadar keciciran pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah dan memperbany­akkan program literasi di luar bandar.

Selain itu, melatih belia Orang Asli dengan pengetahua­n dan kemahiran untuk menerajui industri hijau dan penjagaan alam sekitar, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Hishammudd­in memeluk seorang kanak-kanak dari Masyarakat Orang Asli Berasau pada Program Santai Bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Berasau Kahang, Kluang semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Hishammudd­in memeluk seorang kanak-kanak dari Masyarakat Orang Asli Berasau pada Program Santai Bersama Orang Asli di Kampung Orang Asli Berasau Kahang, Kluang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia