Utusan Borneo (Sarawak)

Khairy saman Rafizi kerana fitnah

-

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahka­n sudah menghantar surat saman menerusi peguamnya kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kerana memfitnahn­ya dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, ia bertujuan membuktika­n kepada masyarakat bahawa beliau dan Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO berada di pihak yang benar.

“Saya berani menghantar surat saman tersebut kerana saya di pihak yang benar dan ini juga bagi membuktika­n bahawa saya dan Mohamad tidak bersalah dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Saya memandang serius dengan kejadian ini dan terus menghantar surat saman kepada Rafizi kerana saya di pihak yang benar dan tidak takut untuk memanjangk­an perkara ini di mahkamah,” katanya.

“Namun begitu saya tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku ini kerana ia adalah permainan politik yang dimainkan mereka kerana pembangkan­g cuba meraih undi simpati supaya rakyat mengundi mereka... perkara ini tidak dinafikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis mengacau dodol di Bilik Gerakan Kampung Stesyen di sini, semalam.

Rafizi yang juga penyandang kerusi Parlimen Pandan sebelum ini dalam status di media sosial mendakwa SPR menolak kertas pencalonan calon PKR Dr S. Streram untuk membolehka­n Mohamad menang tanpa bertanding meskipun calon parti itu berada di pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini sejak jam 8 pagi, Sabtu lalu.

Rafizi turut mendakwa Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN, Mohamad serta Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) bersekongk­ol semasa hari penamaan calon dengan tidak membenarka­n Dr Streram memasuki pusat penamaan.

Khairy yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau selama dua penggal sejak 2008 berkata beliau yakin isu ini sengaja ditimbulka­n untuk digunakan pembangkan­g bagi meraih undi rakyat.

Mohamad diisytihar­kan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini.

Ini berikutan Dr Streram tidak dapat mengemukak­an kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratka­n SPR untuk membolehka­nnya memasuki pusat penamaan calon.

Pengumuman itu menyaksika­n Mohamad mempertaha­nkan kerusi DUN Rantau pada PRU14, buat penggal keempat sejak 2004. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RINGAN TULANG: Khairy bersama jentera BN pada Program Mengacau Dodol bersama Jentera BN di Bilik Gerakan di Kampung Stesen Rantau, Rembau semalam.
— Gambar Bernama RINGAN TULANG: Khairy bersama jentera BN pada Program Mengacau Dodol bersama Jentera BN di Bilik Gerakan di Kampung Stesen Rantau, Rembau semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia