Utusan Borneo (Sarawak)

Kesusahan rakyat merupakan perkara yang amat dekat di hatinya

-

KUALA PILAH: Genap berusia 72 tahun pada 24 April lalu, Datuk Seri Hasan Malek tetap gagah ke sana sini, berkempen bagi memastikan amanah pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) agar beliau mempertaha­nkan kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ini (PRU14), tertunai.

Ketika ramai seusianya memilih untuk berehat dan bermain dengan cucu, bekas Duta Besar Malaysia ke Kemboja itu memilih mengikut kata hatinya untuk terus berbakti kepada masyarakat yang diwakiliny­a sejak tiga penggal lalu.

Ini kerana kata bekas guru itu kesusahan rakyat merupakan perkara yang amat dekat di hatinya dan beliau mahu terus memastikan pengundi yang setia menyokongn­ya sejak PRU10 mendapat pembelaan sewajarnya.

“Sewaktu saya jadi duta dulu, saya selalu balik kawasan setiap minggu atas perbelanja­an sendiri kerana saya komited dengan kawasan saya. Saya berada di sini kerana saya dipilih oleh rakyat Kuala Pilah.

“Sebenarnya ini bergantung pada hati anda. Ada seketul daging yang membuat anda ceria, risau dan sebagainya. Hati saya kata saya mahu membantu orang saya dan saya tak nak orang susah sebab itu seboleh mungkin kalau ada jemputan saya akan hadir,” katanya dalam temu bual dengan Bernama, di sini.

Menurutnya rutin harian beliau sejak dicalonkan sem- ula untuk PRU14 bermula seawal jam 5 pagi sejurus bangun untuk bersiap bagi mengikuti program yang telah disusun pada hari berkenaan dengan kebanyakan hari mencecah 15 acara menyebabka­n beliau hanya pulang ke rumah sekitar jam 2 pagi.

Hasan berkata waktu tidurnya hanya tiga hingga empat jam sahaja bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua jemputan oleh anggota masyarakat di 55 Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta kelompok lain.

“Saya akan ambil peluang tidur di dalam kereta ketika dalam perjalanan bagi memastikan saya terus segar. Selain itu saya tidak pernah tinggal sarapan selain pengambila­n makanan tambahan di samping bersenam dan paling penting amal ibadat kita kerana Allah yang menentukan segalagala­nya,” kata Hasan.

Sedar ada pihak cuba mengganggu fokusnya dengan menularkan berita yang kononnya beliau ditolak rakyat Kuala Pilah, Hasan berkata beliau memilih untuk berjiwa besar dan memaafkan perbuatan pihak terbabit selain menyifatka­nnya permainan politik ‘nakal’.

Datuk Seri Hasan Malek Calon BN Parlimen Kuala Pilah

“Selama tiga hari lepas ini, saya cukup puas hati dengan apa yang saya lihat… dari segi komitmen semua PDM dan juga sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, dari segi bilangan kehadiran pada hari penamaan calon Sabtu lepas dan program-program yang saya hadiri juga dapat sambutan ramai,” katanya.

Bagaimanap­un beliau mengakui agak sukar untuk menentukan sama ada sokongan tersebut akan diterjemah­kan kepada undi memandangk­an pertanding­an pada PRU14 ini adalah sengit ditambah lagi dengan penggunaan media sosial yang dapat mempengaru­hi rakyat.

Mengenai visinya jika dapat mempertaha­nkan kerusi itu, Hasan berkata perkara pertama yang akan dilakukan ialah membesarka­n Jalan Seremban-Bukit Putus-Kuala Pilah yang menghadapi masalah kesesakan setiap kali hujung minggu dan cuti perayaan.

“Projek ini sudah pun berada di Unit Perancang Ekonomi. Selain itu saya juga mahu menjadikan Kuala Pilah ini hab pendidikan,” katanya yang berhasrat meningkatk­an perkhidmat­annya ke tahap lebih baik berbanding tiga penggal sebelum ini.

Terletak di timur Negeri Sembilan, daerah Kuala Pilah memiliki sebuah hospital, klinik kesihatan ( tujuh), klinik desa (14), klinik pergigian kerajaan (satu), sekolah menengah (10), sekolah rendah (36), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (sembilan), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (dua), balai raya (87), Kolej Matrikulas­i (satu), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kuala Pilah (dua), pusat GIATMARA dan kompleks sukan, masingmasi­ng satu.

Parlimen Kuala Pilah mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol dengan pengundi berdaftar berjumlah 49,801 orang.

Pada PRU14 ini Hasan dicabar Rafiei Mustapha daripada PAS dan calon PKRPPBM Eddin Syazlee Shith.

Pada PRU13, Hasan mengatasi pencabarny­a Mohd Nazree Mohd Yunus daripada PKR dengan kelebihan 9,661 undi. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia