Utusan Borneo (Sarawak)

Lemah lembut, mudah didekati jadikan Mastura pilihan rakyat Kuala Kangsar

-

KUALA KANGSAR: Lemah lembut, peramah serta berjiwa rakyat menjadikan dirinya mudah didekati dan dihormati segenap lapisan masyarakat walaupun baharu setahun lebih menjadi wakil rakyat.

Namun, dalam kelembutan itu calon Barisan Nasional ( BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid berjaya membuktika­n beliau seorang pemimpin wanita yang cekal serta komited dalam melaksanak­an tugas dan amanah.

Ketua Kampung Bekor Shaharani Mahamud, 58, berkata beliau mengenali Mastura daripada arwah suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan menyifatka­n wanita itu seorang yang kuat, tabah serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan seperti suaminya.

“Allahyarha­m Datuk Wan ini adalah seorang yang ringkas dan tidak pernah marah orang dalam keadaan apa pun. Saya kenal Datin Mastura daripada dia (Datuk Wan) dan dia sama (perangai seperti arwah suaminya), jadi tak ada masalah kalau dia dicalonkan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau turut memuji gerak kerja Mastura, seorang peguam kerana ia dilakukan dengan begitu sempurna dan telus untuk kawasan itu walaupun beliau tidak sampai lima tahun menyandang kerusi tersebut.

Seorang peniaga kedai makan, Masliah Abd Rahman, 47, berkata walaupun baharu setahun lebih menjadi wakil rakyat, Mastura komited dalam menjalanka­n tugasnya dan kerap turun padang untuk mendengar denyut nadi rakyat.

“Datin Mastura selalu mengadakan sembang santai dan membawa bersama ketua-ketua jabatan untuk memberi peluang kepada kami bertanyaka­n soalan atau mendapatka­n maklumat. Saya rasa dia satu-satunya wakil rakyat yang menggunaka­n pendekatan sedemikian,” katanya.

Tambah Masliah, sekiranya kawasan itu dimenangi BN, golongan wanita mahu kerajaan terus membela nasib kaum hawa dengan menubuhkan satu bengkel Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk menjana pendapatan mereka.

Bagi seorang pesara Khaironi Abdul Aziz, 60, tiada masalah bagi penduduk di kawasan itu sekiranya wakil rakyat di Parlimen Kuala Kangsar seorang wanita, lebih- lebih lagi Mastura seorang yang berpendidi­kan tinggi dan layak untuk bertanding pada PRU14.

“Datin Mastura memang layak jadi wakil rakyat kerana selama ini dia boleh terima pandangan orang serta seorang kuat bekerja. Datin Mastura juga disukai oleh penduduk di sini kerana sikapnya mesra dengan semua orang,” katanya.

Pada PRU14, Mastura akan mempertaha­nkan Parlimen Kuala Kangsar yang dimenangin­ya semasa Pilihan Raya Kecil, Jun 2016 dengan menentang Khairil Idham Lim Abdullah daripada PAS dan Dr Ahmad Termizi Ramli (PKR-Amanah).

Terdapat 36,954 pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum kali ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia