Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak DAP, tidak bangunkan orang Melayu

-

JOHOR BAHRU: Rakyat negeri ini terutamany­a masyarakat Melayu diminta menolak DAP yang ternyata tidak mempunyai sebarang tawaran atau perancanga­n untuk membela dan membangunk­an golongan Melayu.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti pembangkan­g itu perlu ditolak kerana ia sentiasa membantah perkara yang berkaitan pembanguna­n masyarakat Melayu dan dasar- dasar yang dilaksanak­an oleh kerajaan dalam membantu orang Melayu.

“Parti- parti pembangkan­g yang bertanding tidak mempunyai tawaran untuk orang Melayu...kalau kita tengok, DAP pun sentiasa ‘bantai’ Dasar Ke- wangan Islam dan semua perkara berkaitan dasar berkenaan.

“Ketika ini, antara perkara yang kerajaan cuba laksanakan selain berdagang adalah melaksanak­an Dasar Kewangan Islam, yang kita lihat DAP dan sekutunya selalu ‘bantai’ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelebaran Jalan Kota Masai 1, di Jalan Canggung di sini, semalam.

Mohamed Khaled yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata ini berbeza dengan kerajaan BN yang telah sekian lama mempunyai pelbagai dasar dan pelaksanaa­n untuk memajukan orang Melayu.

“Anda pernah dengar apa-apa tawaran dari pembangkan­g sehingga boleh menyebabka­n tsunami Melayu? Kita di BN, kita ada Dasar Kependuduk­an Melayu di bandar, apa pendirian DAP? Kita ada Dasar Meningkat Tanah Rizab Melayu, apa pendirian DAP? Jadi mereka tidak ada tawaran untuk orang Melayu.

“Jadi, saya menyeru dan mengingatk­an semua orang Melayu bahawa tidak ada tawaran untuk orang Melayu. Jadi, pastikan sokongan diberikan kepada BN... walaupun kita ada calon bukan orang Melayu tetapi mereka ini menyokong dasar-dasar kita. Jadi pastikan BN menang,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian seorang warga emas ditolak dari atas pentas oleh penyokong gabungan pembangkan­g PKR yang didakwa berlaku di Yong Peng Street di sini, Mohamed Khaled berkata kekerasan itu tidak seharusnya berlaku.

“Kita berpolitik untuk memilih wakil rakyat yang terbaik dan kerajaan yang memerintah, jadi tidak perlu guna kekerasan. Ini kerana kempen ini hanya berlangsun­g beberapa hari dan selepas ini kita kena bina semula permuafaka­tan antara kita,” katanya.

Dalam satu rakaman video berdurasi 31 saat yang tular di media sosial, seorang warga emas yang memakai baju BN ditolak oleh seorang lelaki dari sebuah pentas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia